awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rondaan harian polis membuahkan hasil

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2013
07:30 MYT
Rondaan harian polis membuahkan hasil
Hasil rondaan pihak polis di sekitar kawasan R&R Awan Besar Lebuhraya Kesas membuahkan hasil selepas berjaya menahan suspek kes samun dan pecah rumah yang menaiki kereta curi.
Pemeriksaan awal mendapati dua orang lelaki, satu wanita serta dua kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun berada di dalam kereta yang ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisoner Mohan Singh Tara Singh, pihak polis menjumpai pelbagai senjata dan kelengkapan pecah rumah di dalam kenderaan jenis Proton Waja yang pernah dilaporkan hilang di Daerah Subang Jaya pada awal tahun lalu.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek juga menyamar sebagai penjawat awam berikutan penemuan sebuah topi yang mempunyai lambang polis di dalam kenderaan yang dipandu itu,” kata Mohan.
Turut ditemui, dua bilah pedang, sebuah beg berisi pelbagai peralatan dipercayai untuk kegiatan pecah kereta, peralatan menghisap dadah serta tujuh cukai jalan dimana hanya dua disahkan benar manakala selebihnya adalah palsu.
Bagaimanapun sepasang suami isteri serta anak perempuannya tidak terlibat dalam kejadian ini dan dibebaskan dengan jaminan polis manakala hanya seorang lelaki ditahan.
“Hasil soal siasat kami mendapati sepasang suami isteri dan dua orang anaknya itu hanya menumpang kenderaan suspek yang merupakan kenalan keluarga dan tidak terlibat bersama suspek dalam kes ini,” tambahnya.
Suspek berumur 40 tahun itu dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian curi kenderaan, samun dan menyamar penjawat awam.
Kes disiasat di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Bahan-Bahan Kakisan Dan Senjata Berbahaya 1958 dimana jika didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebat.
Topic Berkaitan
#Mohan Singh Tara Singh
#pecah rumah
#rondaan polis
#suspek samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan