awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"

RoS batal status 3,000 persatuan menerusi proses pemutihan sejak 2021

Bernama
Bernama
26/09/2023
21:45 MYT
RoS batal status 3,000 persatuan menerusi proses pemutihan sejak 2021
Mohd Nawardi (tengah) menyampaikan replika cek Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti kepada wakil persatuan pada penutup program di Melaka semalam. Turut hadir, Nurhafidah (kiri). --fotoBERNAMA
MELAKA: Lebih 3,000 pertubuhan dan persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah dibatalkan status penubuhannya atas pelbagai kesalahan menerusi proses pemutihan yang dijalankan jabatan itu sejak 2021.
Ketua Pengarahnya Mohd Nawardi Saad berkata antara kesalahan dilakukan persatuan berkenaan ialah tidak aktif, tiada aktiviti mengikut perlembagaan yang ditetapkan, selain terdapat pertikaian atau masalah dalaman yang berlaku dalam kalangan ahli persatuan.
"Proses pemutihan ini akan kita teruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat penubuhan setiap persatuan tercapai, selain memastikan tiada gerakan menyalahi undang-undang berselindung di sebalik penubuhan persatuan berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program RoS Care Kursus Asas Pengurusan Pertubuhan, Perkongsian Pintar dan Penyampaian 'Mock Cheque' Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) yang turut dihadiri Pengarah RoS Melaka Nurhafidah Ali.
Terdahulu, beliau berkata RoS meluluskan permohonan GPPK kepada 831 persatuan berdaftar yang melibatkan peruntukan lebih RM8 juta setakat ini, daripada keseluruhan peruntukan berjumlah RM10 juta yang disediakan kerajaan bagi fasa pertama geran berkenaan, sehingga tarikh tutup pada 31 Okt ini.
Beliau berkata daripada jumlah itu, pihaknya meluluskan permohonan 76 pertubuhan di Melaka dengan nilai lebih RM760,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ros
#batal status persatuan
#proses pemutihan
#Mohd Nawardi Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.