Teks: Norhaizan Ahmad
Foto: Johanif Azman, Kevin Teh, Sean
PICTURE-SASADAS.jpg
Tanggal 2 Jun 2015 menyuntik kehangatan dunia penerbitan, sekali gus menyerikan barisan muat naik media sosial tanah air apabila Majlis Ulang Tahun Ke-10 InTrend (#InTrend10Tahun) berjaya direalisasikan di Hotel Pullman Bangsar Kuala Lumpur. Kejayaan ini turut dikongsi oleh penaja bersama pada malam sambutan mega itu iaitu ROSCANI yang terkenal dengan tagline, ‘Elegance Redefined’.

Kolaborasi tiga beradik iaitu Brad Yee, Yuna Yee dan Joshua Yee sebagai ‘orang kuat’ yang menaikkan nama ROSCANI harus dipuji. Masakan tanpa usaha gigih mereka, jenama ini diangkat sebagai antara pilihan fashion lover yang dahagakan kemunculan perakam waktu yang elegan dan terkini. Buat peminat item fesyen ini, suntik gaya elegan anda dengan menggayakan seutas jam tangan ROSCANI mulai hari ini. Koleksi jam tangan premium ini menawarkan pilihan untuk lelaki dan wanita dengan ajnas pilihan yang menarik.

Bersempena Ulang Tahun InTrend Ke-10, ROSCANI turut berbesar hati menaja jam tangan buat 10 Pemenang Anugerah Selebriti 10 Tahun InTrend yang terdiri daripada Dato’ Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Rozita Che Wan, Norjuma Habib Mohamed, Mawar Karim, Fahrin Ahmad, Sharnaaz Ahmad, Nur Fazura, Idris Khan dan Eryna Salim. Selain itu, jam tangan tajaan ROSCANI juga menjadi milik pengacara majlis iaitu Dina Nasir dan Jihan Muse, selain lima pemenang cabutan bertuah. Terima kasih ROSCANI kerana menceriakan majlis mega meraikan sedekad InTrend.