Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk melarang media melaporkan bahagian tertentu dalam penyataan saksi bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor yang dibacakan dalam perbicaraan rasuah dihadapinya berkaitan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan semasa menolak permohonan itu berkata beliau berpandangan tidak wajar melarang media daripada melaporkan penyataan saksi diberikan Rizal, 46, yang merupakan saksi ke-21 pihak pendakwaan.
Pasukan pembelaan Rosmah sebelum itu membantah bahagian-bahagian tertentu dalam penyataan saksi Rizal yang mereka dakwa amat prejudis dan bersifat pembunuhan karakter terhadap anak guam mereka.
Peguam Datuk Jagjit Singh berkata mahkamah patut mengeluarkan perintah untuk media dilarang daripada melaporkan bahagian-bahagian yang dipertikaikan dalam penyataan saksi Rizal yang dibacakan semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan.
Beliau berkata mahkamah perlu terlebih dahulu membuat keputusan sama ada bahagian-bahagian yang dipertikaikan dalam penyataan saksi itu boleh diterima atau tidak.
“Keterangan itu masih belum diuji untuk kebolehterimaan. Bahagian-bahagian (yang dipertikaikan) dalam penyataan saksi amat prejudis dan tidak sepatutnya diterbitkan kerana ia menjejaskan anak guam kami kerana ia secara terang-terangan adalah pembunuhan karakter,” katanya.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader pula berkata demi kepentingan keadilan, bahagian yang dipertikaikan dalam penyataan saksi itu tidak patut dilaporkan (oleh media) sehingga pada akhir kes.
Hakim Mohamed Zaini bagaimanapun berkata mahkamah tidak akan melarang media daripada membuat liputan mengenai keterangan Rizal dalam prosiding hari ini.
“Saya tidak mahu melarang media membuat laporan. Anda (pihak pembelaan) bebas untuk memeriksa balas saksi,” kata hakim sebelum mengarahkan Rizal meneruskan membaca penyataan saksinya setebal 46 muka surat.
Rosmah, 68, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dibicarakan atas satu pertuduhan menerima suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada bekas pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 09 2020
Pasukan pembelaan Rosmah membantah bahagian-bahagian tertentu dalam penyataan saksi Rizal yang mereka dakwa amat prejudis dan bersifat pembunuhan karakter terhadap anak guam mereka. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Mahkamah tolak permohonan 1MDB untuk pindahkan kes Riza Shahriz di hadapan hakim lain
Pesuruhjaya Kehakiman turut arahkan 1MDB supaya membayar kos RM5,000 kepada Riza Shahriz serta dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.
Hakim Mahkamah Sesyen berwibawa dengar kes Sanusi - Pendakwaan
Pihak pendakwaan menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, Selayang amat berwibawa untuk mendengar perbicaraan dua kes Muhammad Sanusi.
Bekas hakim, ahli perniagaan gagal dapatkan semula wang lucut hak RM182,100
Seorang bekas hakim dan seorang ahli perniagaan sekali lagi gagal dalam rayuan mereka untuk mendapatkan semula wang RM182,100 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib wajar dibebas dan dilepaskan - Hakim Abdul Rahman
Abdul Rahman berkata, telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa Najib dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.
Kerajaan diberi tempoh dua bulan lagi untuk selesai saman bekas hakim
35 individu dakwa kerajaan gagal menetapkan kenaikan sewajarnya dalam pencen dan faedah yang mereka terima sejak 2015.
Hakim perlu taat kepada Perlembagaan, tegas dalam menjunjung undang-undang - Ketua Hakim Negara
Hakim-hakim perlu taat kepada Perlembagaan Persekutuan dan tegas dalam menjunjung kedaulatan undang-undang pada semua keadaan.
Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh
Dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai.
Siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan langgar prinsip pengasingan kuasa - Farhash
Kecenderungan berterusan kepada campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman harus dihentikan.
Rosmah gagal percubaan kedua mohon hakim kes pengubahan wang haram tarik diri
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Siasatan gangguan seksual hakim kanan, isteri orang masih berjalan
Mangsa mendakwa kejadian tersebut berlaku pada Ogos 2020 semasa suspek datang ke rumah mangsa di mana ketika itu suami mangsa sedang terlantar sakit.