Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Persidangan Wanita Antarabangsa 2014 bertema 'Women: Redesigning Economies, Societies' di Paris, Perancis pada 4 dan 5 Jun ini.
Menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rosmah akan berucap pada majlis perasmian persidangan itu di hadapan 1,000 peserta terdiri daripada pemimpin, usahawan dan wanita korporat seluruh dunia.
Turut sama ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah, pegawai kanan dari agensi berkaitan dan 60 usahawan daripada pelbagai sektor korporat.
Bersempena kehadiran Rosmah ke Paris itu, beliau akan menjadi hos pertunjukan fesyen yang memperkenalkan batik, songket dan tenunan tempatan di Le Pre Catalan, Lenote.
"Pertunjukan fesyen bertemakan 'Eleganza' akan mempamerkan hasil karya lima pereka tersohor negara dan akan dihadiri oleh 300 jemputan yang terdiri daripada mereka yang berpengaruh dalam industri fesyen di Paris termasuk para pereka, ejen pembeli, komuniti bisnes dan media antarabangsa," kata kenyataan itu.
Pertunjukan anjuran bersama MATRADE, Tourism Malaysia dan Perbadanan Kraftangan itu merupakan platform yang baik untuk mempromosi keunikan dan kepelbagaian tekstil tempatan yang berkualiti tinggi.
Selain itu, Rosmah akan merasmikan Sesi Jaringan Perniagaan anjuran bersama MATRADE dan SME Corporation yang bertujuan memperluas rangkaian perniagaan antara usahawan wanita Malaysia dengan Perancis.
Program itu akan dihadiri usahawan terkemuka Malaysia yang menceburi perniagaan dalam pelbagai sektor dan juga usahawan Perancis.
Sementara itu, Rosmah yang juga Penaung Larian Terusan Sutera Marco Polo, akan menyambut ketibaan pelari wanita negara Suwaibah Muhammad Nasir di Venice, Itali pada 3 Jun.
Kehadiran beliau ke larian penamat itu bagi membuktikan sokongan terhadap misi kemanusiaan Suwaibah dan mengiktiraf keazaman serta kegigihan wanita dalam menempuhi cabaran untuk mencapai kejayaan.
Larian bertema 'One World, One Hope' itu, yang bermula di Beijing pada Mac lepas, merentasi 12 negara meliputi China, Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Bulgaria, Serbia, Croatia, Slovenia dan Itali.
Bernama
Sun Jun 01 2014
Rosmah akan berucap pada majlis perasmian persidangan itu di hadapan 1,000 peserta.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Dari atas katil hospital, ini reaksi Anwar mengenai nilai rampasan di premis berkaitan Najib!
Anwar Ibrahim menyifatkan kemewahan dan keborosan ini sangat mengaibkan dan cukup memualkan!
"Wan Azizah atau Nurul Izzah berkemungkinan bertanding di Pandan" - Rafizi
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atau Nurul Izzah Anwar bakal bertanding di kawasan Parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli.
'Sheila Majid, jangan jadi alat propaganda pembangkang' - Rizal Mansor
Tidak ada kerajaan yang mahu melihat rakyatnya susah dan terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Pandu Puteri Malaysia perlu lebih kreatif, inovatif - Rosmah
Pemimpin dan anggota PPPM perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu terutama apabila melibatkan pelaksanaan sesuatu program, kata Datin Seri Rosmah Mansor.
Permata tidak boleh dipisahkan daripada JPM - Rizal
Permata tidak boleh dipisahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana kebanyakan programnya dicipta untuk mengisi jurang percanggahan antara beberapa undang-undang termasuk Akta Pendidikan.
Taska Permata Puspanita perlu diperluas di peringkat daerah - Rosmah
Penubuhan Taska Permata Puspanita perlu diperluaskan di seluruh cawangan kecil termasuk di setiap daerah, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Usahawan kraf perlu bergerak seiring perubahan teknologi - Rosmah
Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk bergerak seiringan dengan perubahan teknologi terkini termasuk menjalankan perniagaan dalam talian, kata Datin Seri Rosmah.
Ambil tahu anak sudah pulang atau tidak pada lewat malam - Rosmah
Ibu bapa perlu tegas dengan anak remaja serta sentiasa ambil tahu dan peka sama ada anak mereka sudah pulang ke rumah atau tidak apabila lewat malam, kata Datin Seri Rosmah Mansor.
Kejayaan integrasi ASEAN bergantung kepada penerimaan rakyat - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat ASEAN perlu merasakan bahawa mereka tergolong dalam perkumpulan itu.