awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RTC akan diperluas ke seluruh negara

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2013
23:13 MYT
RTC akan diperluas ke seluruh negara
Pusat transformasi luar bandar, RTC yang membawa perubahan besar dan manfaat kepada masyarakat luar bandar, akan diperluas ke seluruh negara. Turut dibangunkan ialah medan info desa atau mini RTC, bertujuan melonjak taraf hidup serta sosioekonomi masyarakat berkenaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata RTC bukan sahaja memudahkan penduduk desa berurusan dengan agensi kerajaan, malah mampu meningkatkan hasil aktiviti ekonomi mereka. Najib berkata, "Harapan saya supaya ia dapat mendekatkan pengeluar, pembeli dan pasaran. Kita tidak boleh meningkatkan atau melonjakkan pendapatan para petani , penternak dan nelayan, melainkan kita mendekatkan mereka kepada pasaran. Kalau pasaran itu boleh di akses, oleh dengan ini apa juga produk mereka jual akan dapat dibeli dengan jumlah yang besar. Dengan sendirinya kedua-dua pihak akan dapat keuntungan maknanya pengguna dapat faedah dengan harga yang lebih rendah kita dapat mengawal inflasi dan pihak pengeluar akan dapat pendapatan lebih." Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan RTC Pahang di Kuala Pahang. Katanya tiga RTC yang dilancarkan sebelum ini berjaya meningkatkan peluang perniagaan dan pendapatan penduduk luar bandar. Ketika ini terdapat 77 medan info desa yang dijadikan mini RTC diseluruh negara. Manakala lebih 300 lagi dalam proses untuk dijadikan mini RTC pada masa depan.
Topic Berkaitan
#najib
#RTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan