ATLET negara seharusnya lebih kerap merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) berhubung ubat atau produk suplemen yang diambil bagi mengelak terjerat dengan isu doping.
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata semua atlet kini berdepan cabaran hebat dalam menangani isu doping kerana Agensi Antidoping Dunia (WADA) sering melakukan penambahan informasi berkenaan senarai bahan terlarang yang perlu diberi perhatian oleh atlet negara.
"ISN sendiri bekerja keras untuk pastikan atlet tidak mengambil sebarang ubat atau vitamin yang boleh mengakibatkan positif doping. Setiap tahun pasti ada perubahan dan penambahan maklumat tentang doping (yang dikeluarkan WADA), jadi sebagai atlet, kami perlu mengambil tahu.
"Sebab itu setiap atlet perlu merujuk kepada ISN tentang ubat diambil termasuk juga makanan. Kadang-kadang kita tidak tahu kalau ada pihak meletakkan sesuatu dalam makanan, jadi perlu lebih berhati-hati," katanya ketika ditemui pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini, hari ini.
Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas isu doping terbaharu dikaitkan dengan seorang atlet terjun yang meraih pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos lalu.
Dalam pada itu, Chong Wei memahami perasaan atlet berkenaan dan sudah tentu merasa tertekan dengan perkara tersebut dan beliau menasihatkan agar atlet terbabit supaya menguatkan semangat menghadapi situasi sukar berkenaan.
"Isu doping akan menjadi tamparan hebat kepada mana-mana atlet disahkan positif (menggunakan bahan terlarang dalam sukan). Saya sendiri pernah mengalaminya dan digantung lapan bulan, ia bukan satu perkara mudah. Nasihat saya cekalkan semangat, jangan putus asa kerana perkara itu akan selesai," katanya.
Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang pernah dihukum penggantungan lapan bulan susulan positif doping pada 2015, turut menasihatkan kepada mana-mana atlet negara yang menjadi duta produk kesihatan supaya merujuk kepada ISN berkenaan produk ditaja tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2017

Lee Chong Wei menasihatkan atlet merujuk kepada ISN tentang ubat dan makanan. - Gambar fail

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.

PABM tekad pastikan sukan angkat berat kekal bebas isu doping
Pemeriksaan mengejut oleh ADAMAS adalah antara inisiatif berterusan persekutuan itu bagi memastikan insiden doping tidak berulang.

Juventus-Pogba capai kata sepakat batal kontrak
Dia pada asalnya digantung selama empat tahun, namun hukumannya disingkatkan kepada 18 bulan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada Oktober.

SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.

AIU fail rayuan kes doping pelari pecut AS di Paris 2024
Knighton diuji positif trenbolone steroid pada 26 Mac tetapi US ADA memutuskan keputusan positif itu mungkin disebabkan oleh daging yang tercemar.

Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.

ADAMAS 'kejar' atlet lengkapkan modul khas Olimpik
Pihak ADAMAS juga menggerakkan usaha menggalakkan mereka yang berlatih di luar negara melengkapkan modul tersebut secara dalam talian.

Jia Xin kekal digantung dua tahun - ADAMAS
Azura berkata tiada panggilan kedua akan dibuat kepada atlet wanita berkenaan yang disahkan positif doping pada Februari tahun lepas.

SUKMA 2024: ADAMAS harap sifar doping, tumpuan kepada badang negeri
Azura berkata pihaknya menggesa agar kesemua negeri bertanding hadir secara telus dan bersih dalam temasya dwitahunan itu.

Isu doping: Pogba sedih, terkejut dan kecewa digantung empat tahun
Paul Pogba berkata dia 'sedih, terkejut dan patah hati' selepas digantung daripada bola sepak kerana kesalahan doping.