awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Baddrol Bakhtiar dipecah masuk

Bernama
Bernama
18/08/2016
15:50 MYT
Rumah Baddrol Bakhtiar dipecah masuk
Baddrol mendapat tahu daripada jiran tentang rumahnya yang dipecah masuk. - Gambar sumber Facebook
Rumah pemain bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar di Ambangan Height, Persiaran Amanjaya dekat sini dipecah masuk pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata penjenayah dipercayai masuk dari pintu tepi rumah mangsa dengan mengumpilnya dan keluar melalui pintu belakang yang berkunci dari dalam.
"Kira-kira 8.30 pagi mangsa mendapat tahu daripada jirannya bahawa rumahnya telah dipecah masuk dan mangsa membuat laporan pada pukul 11 pagi tadi," katanya menerusi kenyataan di sini.
Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah jam tangan, tabung wang syiling bernilai RM300, beg barangan sukan, kasut dan satu set kamera litar tertutup (CCTV).
Sehubungan itu, polis menahan tiga remaja lelaki berusia 15 hingga 18 tahun dan membuat serbuan ke atas sebuah rumah di Persiaran Amanjaya serta menjumpai sepasang kasut bola, sebelah kasut sukan dan sepasang selipar berwarna hitam.
Baddrol, 28, yang juga pemain tengah Kedah dan isterinya Nur Izyan Mustafa Khalid, 28, baharu sahaja mendapat cahaya mata sulung pada Sabtu lalu.
Md Zukir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Baddrol Bakthiar
#pecah rumah
#pemain bola sepak Kedah
#rumah dipecah masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan