Sebuah rumah dihempap sebatang pokok kelapa akibat hujan lebat dan angin kuat di Felda Bukit Jalor, Tampin dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 6 petang itu.
"Menurut Ketua Kampung Felda Bukit Jalor, kejadian berpunca apabila pokok bidara di belakang rumah berkenaan disambar petir ketika hujan lebat lalu tumbang mengenai pokok kelapa di sebelahnya dan pokok kelapa berkenaan telah mengenai bahagian dapur rumah tersebut.
"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas telah dimaklumkan untuk bantuan memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kerugian harta benda belum ditafsirkan. -- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas telah dimaklumkan untuk bantuan memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
Pasangan suami isteri didakwa dera bayi 16 bulan
Tiada pengakuan direkodkan daripada bapa tiri mangsa berusia 23 tahun dan ibunya yang berusia 17 tahun selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.
Polis tahan bapa tiri tumbuk muka, cucuh puntung rokok pada bayi 16 bulan
Polis menahan seorang lelaki yang tergamak menumbuk muka serta mencucuh puntung rokok pada anak tirinya yang baru berumur 16 bulan di Felda Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, di sini, 25 Ogos lepas.
Rumah dihempap pokok ketika hujan lebat
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 6 petang itu.