awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah dipecah masuk, cucu Tun M rugi RM1.8 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2025
23:15 MYT
Rumah dipecah masuk, cucu Tun M rugi RM1.8 juta
Polis sedang mengesan suspek kes pecah masuk rumah cucu Dr Mahathir di Bukit Ledang yang melibatkan kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta.
KUALA LUMPUR: Polis giat mengesan penjenayah kes pecah masuk kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini, yang melibatkan kerugian kira-kira RM1.8 juta pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan.
“Kerugian melibatkan kehilangan barang kemas yang disimpan di dalam bilik mangsa.
“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan kejadian itu disedari kira-kira jam 3 petang apabila pembantu rumah mangsa menghubunginya untuk memaklumkan bahawa pintu pagar bahagian belakang rumah telah dipotong dan bilik mangsa dimasuki pencuri.
Difahamkan, pemeriksaan oleh mangsa mendapati terdapat kesan pecah masuk di biliknya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pecah masuk
#kerugian
#Polis Kuala Lumpur
#Mohamed Usuf Jan
#kehilangan barang kemas
#cucu Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan