awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang

Bernama
Bernama
28/03/2024
04:46 MYT
Rumah dipecah masuk, senapang bersama 200 peluru hilang
Polis menerima maklumat mengenai kejadian kehilangan senjata api jenis shortgun 12 bore dan 200 peluru itu pada 9.51 malam tadi. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian kehilangan senjata api jenis shortgun 12 bore dan 200 peluru itu pada 9.51 malam.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara 2.30 petang hingga 8 malam, mangsa yang merupakan lelaki berusia 60 tahun berada di Gemas ketika kejadian. Turut hilang ialah satu peti simpanan senapang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06-4431999 atau 06-4411222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah dipecah masuk
#senapang dilarikan
#penoreh getah
#Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan