awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah dipenuhi timbunan barang lusuh, pemilik dikenakan notis

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2022
23:50 MYT
Rumah dipenuhi timbunan barang lusuh, pemilik dikenakan notis
Anggota penguat kuasa MBK mengeluarkan notis kacau ganggu kepada pemilik sebuah rumah yang menjadikan pekarangan rumahnya tempat timbunan barangan lusuh di Bukit Setongkol, Kuantan. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Pemilik sebuah rumah mewah di Bukit Setongkol di sini dikenakan notis kacau ganggu selepas pekarangan rumahnya dipenuhi timbunan barangan lusuh.
Persekitaran kawasan terbabit dipenuhi pakaian lama, plastik, besi dan kertas yang boleh menyebabkan risiko pembiakan nyamuk aedes serta tikus.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Norkamawati Kamal berkata, notis dikeluarkan terhadap pemilik kediaman supaya membersihkan kawasan rumah tersebut.
“Kita keluarkan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah penghapusan kacau ganggu.
“Pemilik rumah diberikan tempoh tujuh hari untuk membersihkan barangan lusuh terbabit.
"Jika gagal tindakan undang-undang akan dikenakan terhadapnya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau menjelaskan, denda sebanyak RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan ke atas individu, jika didapati bersalah.
Norkamawati menambah, MBK akan memastikan orang ramai bertanggungjawab menjaga persekitaran rumah sekali gus suasana kejiranan menjadi semakin baik.
“Sikap segelintir masyarakat yang memandang enteng penjagaan kebersihan mengundang kepada penyakit,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#barang lusuh
#Bukit Setongkol
#notis kacau ganggu
#rumah mewah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan