awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yakin terima sumbangan Perodua

Astro Publication
Astro Publication
25/03/2019
09:52 MYT
Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al Yakin terima sumbangan Perodua
Perodua beri sumbang kepada Rumah Jagaan Anak Anak Yatim Al Yakin
KONVOI Perodua Aruz TransBorneo, yang membabitkan enam Perodua Aruz, mengambil peluang berkunjung ke Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakin di Sandakan, Sabah. Ketika kunjungan itu, Perodua menyumbang wang tunai RM5,000 kepada rumah jagaan berkenaan dan juga menyediakan makanan tengahari untuk penghuninya yang terdiri daripada 20 orang anak-anak yatim serta lima orang penjaga.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, Perodua berharap agar sumbangan itu sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada mereka.
Konvoi Perodua Aruz TransBorneo berlepas dari Kuching pada 16 Mac lalu dan sudah menjelajah melalui Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan.
Sepanjang perjalanan, konvoi bertemu dengan masyarakat dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.
Topic Berkaitan
#Aruz
#general
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan