awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, kereta penjawat awam ditembak

Sinar Harian
Sinar Harian
08/07/2023
10:15 MYT
Rumah, kereta penjawat awam ditembak
Kejadian jam 11.59 malam itu berlaku di sebuah rumah lot banglo yang didiami oleh seorang lelaki bersama ahli keluarganya. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Rumah dan kenderaan milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini dipercayai ditembak pada Jumaat.
Kejadian jam 11.59 malam itu berlaku di sebuah rumah lot banglo yang didiami oleh seorang lelaki bersama ahli keluarganya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihak polis telah menerima panggilan berkenaan satu kejadian melepaskan tembakan di kawasan kejiranan banglo satu tingkat yang berpenghuni.
"Siasatan awal di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan tembakan pada rumah tersebut dan juga pada kenderaan penghuni.
"Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, polis memandang serius kejadian terbabit dan sedang giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan serta menangkap suspek.
Mohd Rosdi memberitahu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi di talian 019-2454224, 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#rumah ditembak
#Kota Bharu
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan