awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah panjang terbakar: 76 penghuni terjejas menjelang Gawai

Bernama
Bernama
30/05/2023
13:53 MYT
Rumah panjang terbakar: 76 penghuni terjejas menjelang Gawai
Nicholas Belulin berkata, kesemua penghuni rumah panjang dua tingkat itu berjaya menyelamatkan diri. - Gambar hiasan/pixabay
SIBU: Seramai 76 penghuni Rumah Selunsin, Pakan dalam Bahagian Sarikei, kira-kira 60 kilometer dari sini, berdepan dugaan menjelang sambutan Hari Gawai Dayak pada Khamis depan apabila rumah panjang didiami mereka musnah dalam kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin berkata akibat kejadian tersebut juga kesemua persiapan akhir penghuni rumah panjang 15 pintu itu untuk menyambut Gawai turut terkesan.
Katanya kesemua penghuni rumah panjang dua tingkat itu berjaya menyelamatkan diri.
"Mengikut maklumat awal kebakaran bermula dari kawasan tengah rumah panjang tersebut. Punca dan jumlah kerugian sebenar kebakaran itu sedang dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kebakaran itu pada jam 10.36 pagi, pasukan dari BBP Bintangor dengan kekuatan lapan anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya akibat kebakaran itu, ruang hadapan (ruai dan bilik tidur tingkat atas) terbakar 100 peratus manakala bahagian belakang (ruang tengah dan dapur) berjaya diselamatkan.
"Anggaran kebakaran adalah 80 peratus secara keseluruhannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Hari Gawai
#lokasi kejadian
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan