KANOWIT: Sebuah rumah panjang di Skim Penempatan Semula Rascom Nanga Jagau, Ngemah Hulu di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran di Rumah Panjang Tr Unau ak Emol sekitar jam 10.10 malam.
“Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit telah menerima aduan melalui aplikasi WhatsApp daripada Penghulu Juni Masam, ketua masyarakat kawasan Ngemah Hulu mengenai tragedi itu.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang jenis separuh kekal dua tingkat yang mempunyai sebanyak 20 pintu.
“Ia dipercayai bermula sekitar jam 9.10 malam dan merebak dengan cepat."
Bomba memaklumkan kesemua penghuni rumah panjang berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Difahamkan laluan ke lokasi adalah melalui jalan balak dan mengambil masa perjalanan yang lama.
Mohd Surfri Affendi
Fri May 07 2021

Rumah panjang Skim Penempatan Semula Rascom Nanga Jagau, Ngemah Hulu yang musnah dalam kebakaran malam tadi. -JBPM
![[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji [TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2014820/24024316101679303569652_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan Haji

AUKU: KPT kaji kebebasan dan autonomi pelajar
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengkaji secara mendalam berkenaan pindaan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ini KPT dalam fasa memperhalusi setiap fasal dibawah Akta berkenaan.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Rumah panjang 36 pintu musnah terbakar di Selangau
Bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.58 pagi melibatkan Rumah Yamin di Batu 26, Jalan Sibu-Selangau.

Rumah panjang terbakar, 150 penghuni tinggal sehelai sepinggang
Kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di dewan sekolah berdekatan.

Rumah panjang Unau ak Emoi musnah dijilat api
Rumah panjang Unau ak Emoi musnah dijilat api malam tadi

Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital
Dana yang berjaya diraih melalui konsert tersebut akan disalurkan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Belukun, Long Sela'an di Baram, Miri.

Rumah panjang terbakar, 28 keluarga hilang tempat tinggal
Hanya empat daripada 32 pintu rumah panjang kekal dua tingkat itu dapat diselamatkan malam tadi.