awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah pusaka berusia 30 tahun musnah dalam kejadian ribut di Pasir Puteh

Bernama
Bernama
09/06/2024
14:00 MYT
Rumah pusaka berusia 30 tahun musnah dalam kejadian ribut di Pasir Puteh
Nik Nazar menunjukkan rumahnya yang runtuh akibat kejadian ribut di Pasir Puteh. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang penjawat awam kehilangan tempat berteduh apabila rumah pusaka berusia 30 tahun didiaminya musnah dilanda ribut di Kampung Kok Berangan di sini, petang semalam.
Nik Nazar Noor Ab Ghani, 46, berkata ketika kejadian kira-kira 6.15 petang itu, dia sedang berehat seorang diri di rumah kayu berkenaan.
"Angin sangat kuat ketika itu menyebabkan rumah saya bergegar, atap zink berterbangan dan kayu-kayu rumah juga tercabut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya dia kemudian keluar menyelamatkan diri dan berlindung di rumah jiran, namun mendapati rumahnya telah roboh selepas ribut reda.
Seorang lagi penduduk Razleena Awang, 32, berkata ketika kejadian dia bersama lapan ahli keluarga yang lain sedang menonton televisyen di rumah.
"Tiba-tiba kami dikejutkan bunyi kuat sebelum melihat atap rumah telah tiada," katanya.
Kejadian ribut kira-kira 10 minit itu katanya turut menyebabkan barangan elektrik di kediaman berkenaan rosak.
Selain Kampung Kok Berangan, beberapa kampung lain di daerah Pasir Puteh dilanda ribut termasuk Saring, Gong Nering dan Selising, semalam.
Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar ketika dihubungi berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah pusakan
#dilanda ribut
#Kampung Kok Berangan
#Nik Nazar Noor Ab Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan