awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, sekolah rosak dibadai ribut di Sungai Acheh

Bernama
Bernama
30/10/2023
05:50 MYT
Rumah, sekolah rosak dibadai ribut di Sungai Acheh
Sebanyak 13 mangsa ditempatkan di PPS di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun selepas kediaman mereka di Sungai Acheh rosak akibat ribut. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Sebanyak 13 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun di sini sejak semalam, selepas kediaman mereka di Sungai Acheh rosak dibadai ribut, petang semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Rashidi Zinol berkata beliau bersama pasukannya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu penduduk terjejas, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian ribut di kawasan berkenaan.
"Selain dua buah rumah yang rosak teruk akibat ribut itu, sebahagian bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Setar turut diterbangkan angin dan saya sendiri telah ke sekolah berkenaan berjumpa guru besar bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Sebanyak 13 orang termasuk enam kanak-kanak yang rumah mereka rosak teruk itu ditempatkan di dewan berkenaan buat sementara waktu, dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Rashidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan serta Luar Bandar meminta mana-mana mangsa ribut semalam agar memaklumkan kepada pusat khidmat beliau untuk tindakan selanjutnya.
Selain kejadian ribut, Rashidi berkata puluhan rumah di Kampung Haji Umar dan Sungai Chenaam dalam kawasan Sungai Acheh turut terjejas akibat banjir kilat namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS sehingga hari ini.
Sementara itu, Sekretariat Bencana Negeri APM Pulau Pinang ketika dihubungi berkata sebaik menerima maklumat banjir kilat, pihaknya dengan kekuatan 15 anggota terus ke kawasan terjejas bagi membantu memindahkan barangan elektrik ke tempat lebih tinggi.
"Ada rumah penduduk yang terputus bekalan elektrik dan pihak kami membawa mangsa ke Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun itu untuk memastikan mereka selamat dan diberi makanan sebelum dibenarkan pulang semula ke rumah masing-masing selepas bekalan elektrik kembali pulih," katanya.
Sementara itu, mangsa banjir kilat Rosma Lina Ahmad Razif, 36, berkata dia sekeluarga sempat menyelamatkan barangan elektrik selepas air tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya dari bahagian dapur dan memenuhi ruang tamu, berikutan hujan lebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai acheh
#Nibong Tebal
#rumah rosak
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan