awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbakar di Tenom, lima sekeluarga rentung

Bernama
Bernama
31/12/2019
01:13 MYT
Rumah terbakar di Tenom, lima sekeluarga rentung
Lima sekeluarga rentung dan seorang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan dekat sini, awal pagi tadi. -Foto JBPM
Lima sekeluarga rentung dan seorang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang rentung dikenali sebagai Khatijah Omar, 35, bersama tiga anaknya dua lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai Sakiran Sulaiman, 9, Zahid Sulaiman, 6, dan Sapura Sulaiman,3.
Seorang lagi mangsa yang rentung ialah anak saudara Khatijah, Adira Suhaila, 12.
Suami Khatijah, Sulaiman Hajar melecur di kepala dan tangan dan dihantar ke Hospital Tenom oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, panggilan kecemasan diterima mengenai kebakaran itu pada jam 12.46 pagi.
Dua jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom diketuai Ketua Balai Zainal Sinsian ke lokasi kejadian sejurus kemudian.
Menurut kenyataan itu lagi kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya dan turut terbakar sebuah kereta Perodua Kelisa.
Api dapat dikawal pada 1.25 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 3.29 pagi.
Menurut kenyataan itu lima mangsa yang rentung ditemui oleh pasukan bomba di dalam rumah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adira Suhaila
#Hospital Tenom
#Kampung Menara Pamilaan
#Khatijah Omar
#Lima sekeluarga rentung
#Sakiran Sulaiman
#Sapura Sulaiman
#Sulaiman Hajar
#Zahid Sulaiman
#Zainal Sinsian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan