awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/08/2020
00:40 MYT
Rumah terbakar, empat beranak terperangkap dalam bilik air
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas apabila rumah diduduki mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, awal pagi Isnin. -JBPM
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas apabila rumah diduduki mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, awal pagi Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.18 pagi dan seramai 25 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat yang terbakar di bahagian tingkat bawah dan terdapat mangsa di tingkat atas.
"Kesemua mangsa yang berada di dalam bilik air berjaya diselamatkan dan api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hafisham berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#empat beranak
#Hospital
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kanak-kanak
#kebakaran
#rumah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan