NATIONAL
Rundingan FTA Malaysia-GCC dijangka bermula 27 Mei

GCC meliputi enam negara iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Oman. - Foto GCCSG
KUALA LUMPUR: Rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dijangka bermula pada 27 Mei, 2025.
Menurut seorang diplomat GCC, FTA itu masih di peringkat perancangan dengan rundingan akan bermula di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di sini minggu depan.
"FTA antara Malaysia dan GCC masih dibincangkan," kata diplomat itu.
GCC yang kaya dengan minyak berkenaan meliputi enam negara iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Oman.Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan" akan mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Bersempena dengan sidang kemuncak itu, dua mesyuarat peringkat tinggi utama -- Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung-julung kali diadakan -- merupakan platform penting untuk memperluas kerjasama serantau dan antara rantau.
Sebelum ini, Malaysia telah mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami