KUCHING: Malaysia akan memuktamadkan rundingan dengan Thailand untuk bersama-sama menjadi ahli Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) selepas negara berkenaan selesai mengadakan pilihan raya umum, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata setakat ini, Malaysia dan Indonesia telah bersetuju untuk menjadi ahli CPOPC yang bertujuan menyuarakan isu halangan perdagangan yang diskriminatif terhadap negara pengeluar minyak sawit dan getah ke peringkat Asean.
"Tarikh untuk ke Thailand bagi membincangkan hal itu belum ditetapkan lagi kerana lebih sesuai untuk tunggu selepas pilihan raya selesai...sekiranya ada pertukaran (kerajaan), risau ia tidak memuktamadkan apa yang kita telah rundingkan," katanya kepada pemberita selepas program 'Juh Bekpes' bersama belia di sini hari ini.
Fadillah pada 28 Februari lepas berkata Malaysia telah mempelawa Thailand untuk bersama-sama menjadi ahli CPOPC memandangkan suara mengenai isu negara pengeluar minyak sawit dan getah akan menjadi lebih besar dan lantang sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand bergabung.
Mesyuarat Menteri CPOPC akan diadakan pada Mei yang menyaksikan Malaysia sebagai pengerusi pada tahun ini.
Dalam pada itu, Fadillah berkata tahap kemasukan pekerja asing ke Malaysia semakin baik dengan hampir 80 peratus kapasiti syarikat sudah dipenuhi di seluruh negara susulan dasar yang dilaksanakan kerajaan bagi memudah cara kemasukan pekerja asing.
Bagaimanapun, menurutnya Sarawak masih menghadapi masalah membawa masuk pekerja Indonesia ke negeri itu.
"Pekerja Indonesia yang hendak masuk ke sini ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Oleh itu, mereka (Indonesia) tidak membenarkan pekerjanya masuk ke Sarawak. Bagi menyelesaikan masalah ini, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk melihat kaedah bagi memudahkan kemasukan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) beramah mesra dengan para belia terdiri daripada mahasiswa universiti tempatan pada Program Juh Bekpes bersama FY hari ini. - Foto BERNAMA
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
TPM Fadillah yakin mesyuarat mengenai EUDR akan membuahkan hasil
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah antara inisiatif kemampanan.
Rundingan M'sia-Thailand bagi CPOPC dimuktamad selepas pilihan raya Thailand - Fadillah
Malaysia akan memuktamadkan rundingan dengan Thailand untuk bersama-sama menjadi ahli Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) selepas negara berkenaan selesai mengadakan pilihan raya umum.
CPOPC minta Kraft Heinz tarik balik kempen negatif minyak sawit
Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meminta syarikat makanan Amerika Syarikat, Kraft Heinz menarik balik kempen negatifnya terhadap minyak sawit.
Dana penstabilan biobahan api akan diwujudkan - Teresa Kok
Kementerian Industri Utama sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan dana penstabilan biobahan api bagi menggalakkan penggunaan bahan biodiesel.
KL-Jakarta perkukuh hubungan, teroka bidang baharu
Hari pertama lawatan rasmi Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Darell Leiking, ke Indonesia, berjaya membawa hubungan perdagangan dua hala Malaysia Indonesia, ke tahap lebih tinggi.