KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memulakan rundingan secara terbatas bagi beberapa projek untuk manfaat rakyat dalam usaha menghentikan rundingan terus atau kelulusan perolehan tanpa tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kelonggaran telah diberikan kepada pejabat daerah untuk melaksanakan tender terbatas bagi projek-projek seperti baik pulih sekolah dan klinik daif.
"Kita memberi ruang kepada pegawai daerah umpamanya di peringkat tertentu di kementerian-kementerian. Umpamanya sekolah daif, klinik daif, kalau projek itu hingga RM1 juta, maka diberikan kelonggaran kepada pejabat daerah untuk membuat tender terbatas.
"Dalam kes lif-lif usang, kalau kita buat tender, lif itu mungkin mengambil masa tiga bulan untuk diperbaiki. Oleh demikian, untuk lif yang perlu diganti atau diperbaiki antara RM500,000 hingga RM1.2 juta, harga perolehan kerja itu juga diproses lebih cepat melalui tender terhad, terbatas atau prakelayakan terpilih," kata beliau.
Anwar berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang ingin tahu sama ada pembaharuan kerajaan dalam pemberian tender mengakibatkan kelewatan pelaksanaan projek untuk rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi semua projek di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak, ia diserah sepenuhnya kepada Jabatan Kerja Raya atau Jabatan Teknik Sabah atau Sarawak untuk dipercepatkan tanpa merujuk Kementerian Kewangan atau agensi pusat.
Justeru, beliau berkata khidmat jurutera daerah perlu ditingkatkan bagi memberi ruang kepada mereka menjalankan tugas dalam pembaikian jalan yang rosak, sekolah, klinik dan projek-projek prasarana kecil.
Perdana Menteri berkata mengambil komisen dan menyakau wang rakyat dalam puluhan kes rundingan terus harus dihentikan.
"Saya menolak keras soal rundingan terus ini kerana tiada pemantauan dan ini hanya pakatan antara syarikat itu dan orang berkenaan," kata beliau.
Sementara itu, Anwar juga menegaskan tidak pernah mengeluarkan kenyataan 'flip-flop' (berubah-ubah) dalam isu pemberian subsidi kepada penternak telur dan ayam serta tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
Beliau berkata keputusan JPA untuk mengkaji semula tajaan adalah keputusan lama, namun selepas beliau mempengerusikan mesyuarat JPA, kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan tajaan biasiswa itu.
Perdana Menteri berkata perkara sama berlaku bagi isu pemberian subsidi kepada penternak telur dan ayam untuk bulan ini apabila keputusan yang diumum kementerian hanya keputusan lama tetapi selepas diteliti beliau membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi itu mengikut prosedur.
"Kalaupun flip-flop untuk bantu rakyat, saya akan flip-flop. Buat apa tidak mahu flip-flop tetapi membebankan rakyat.
"Keputusan kabinet dulu masa Perikatan Nasional, naik (bil) elektrik untuk semua, saya tukar maknanya Perdana Menteri Tambun tukar. Flip-flop tidak bebankan rakyat, tidak naikkan elektrik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Anwar berkata kelonggaran telah diberikan kepada pejabat daerah untuk melaksanakan tender terbatas bagi projek-projek seperti baik pulih sekolah dan klinik daif. - Gambar/ JAPEN
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Rundingan secara terbatas dimulakan dalam usaha henti rundingan terus - PM Anwar
Kerajaan telah memulakan rundingan secara terbatas bagi beberapa projek untuk manfaat rakyat dalam usaha menghentikan rundingan terus atau kelulusan perolehan tanpa tender, kata Anwar.
RM80 juta untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Teluk Intan - Nga Kor Ming
Projek RTB sepanjang 6km di pesisir Sungai Perak itu dijangka bermula tahun ini dan siap selewat-lewatnya pada 2026.
Kebanyakan kontrak kerajaan diraih menerusi tender terbuka - Datasonic
Datasonic Group Bhd berkata kebanyakan daripada sembilan kontrak yang diperoleh daripada kerajaan berjumlah RM1.1 bilion dimenangi melalui tender terbuka.
LPT3 dilaksana secara penswastaan menerusi kaedah RFP - Nanta
Cadangan projek LPT3 ini dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya untuk anak-anak perantau balik ke kampung.
Dasar tender terbuka boleh tingkat pendapatan negara - Ahmad Maslan
Pelaksanaan dasar tender terbuka berupaya untuk mengurangkan kos kepada kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Mindef laksana tender terbuka, batal lima perolehan terdahulu
Kementerian Pertahanan (Mindef) telah membatalkan lima perolehan membabitkan bekalan, perkhidmatan dan projek infrastruktur sebagai langkah bagi mengelak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan.
Kementerian Pengangkutan semak semula lima projek pembangunan - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan bersetuju membuat semakan semula ke atas lima projek pembangunan yang melibatkan nilai kontrak keseluruhan hampir RM650 juta.
Kerajaan jimat RM25 bilion jika amal tender terbuka
Penjimatan itu meliputi beberapa projek yang sedang dan bakal dilaksanakan termasuk projek pelancaran 5G yang diterajui Digital Nasional Berhad (DNB).
Proses tender terbuka untuk MRT3 berjalan lancar - MRT Corp
Pelaksanaan tender terbuka ini bertujuan untuk menarik bida yang paling kompetitif.