awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh

Bernama
Bernama
29/11/2023
15:18 MYT
Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Dalam insiden pada 9.58 malam tadi, tiga pekerja Bangladesh maut apabila gudang logistik yang sedang dibina runtuh manakala dua lagi cedera parah. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Titijaya Land Berhad (Titijaya), pemilik gudang logistik yang runtuh di tapak pembinaannya semalam di Bayan Lepas, Pulau Pinang, akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.
Pengarah Urusan Kumpulan Titijaya Datuk Lim Poh Yit berkata tindakan tegas akan diambil jika siasatan mendapati wujud sebarang kesilapan manusia atau unsur kecuaian yang menyumbang kepada tragedi mengorbankan tiga pekerja Bangladesh dan menyebabkan dua lagi cedera parah.
"Kemas kini mengenai siasatan itu akan diberikan apabila terdapat maklumat baharu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keutamaan syarikat itu ketika ini ialah memberi sokongan dan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang sedang bersedih serta meminta semua pihak agar menghormati privasi mereka pada masa yang mencabar ini.
"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan menzahirkan rasa keprihatinan yang ikhlas terhadap mereka yang cedera. Doa dan ingatan kami bersama ahli keluarga serta individu yang terkesan dengan insiden malang ini," katanya.
Lim juga berkata semua kerja di tapak binaan itu telah ditangguhkan dan kumpulan tersebut kini bekerjasama rapat dengan kontraktor, pihak berkuasa berkaitan serta kakitangan perubatan bagi memastikan kelancaran operasi mencari dan menyelamat.
Dalam insiden pada 9.58 malam tadi, tiga pekerja Bangladesh maut apabila gudang logistik yang sedang dibina runtuh manakala dua lagi cedera parah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#runtuhan gudang
#Titijaya
#siasatan menyeluruh
#Lim Poh Yit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan