awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Rusia belum capai persefahaman mengenai perkara paling penting - Trump

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2025
00:10 MYT
AS, Rusia belum capai persefahaman mengenai perkara paling penting - Trump
Trump ketika mengadakan sidang akhbar bersama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Pangkalan Bersama Elmendorf-Richardson, Alaska, 15 Ogos 2025. (Foto AP)
PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan beliau dan Presiden Rusia Vladimir Putin belum mencapai persetujuan mengenai beberapa aspek penting dalam pertemuan mereka.
Namun, Trump yakin peluang untuk mencapainya adalah tinggi.
Bercakap pada sidang media selepas pertemuan yang berlangsung di Alaska itu, Trump turut menyatakan banyak perkara telah dipersetujui bersama.
“Banyak perkara telah dipersetujui. Hanya tinggal beberapa perkara sahaja yang belum. Ada yang tidak begitu penting.
"Satu daripadanya mungkin yang paling penting, tetapi kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk mencapainya. Kami belum sampai ke situ, tetapi peluangnya tetap ada," ujarnya.
Beliau turut memuji pasukan pentadbirannya, termasuk Setiausaha Negara Marco Rubio, Utusan Khas Steve Witkoff, Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent, dan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Ratcliffe, serta wakil perniagaan Rusia yang hadir.
“Tiada perjanjian sehingga semuanya dipersetujui. Saya akan menghubungi NATO, pihak-pihak yang berkaitan, dan tentunya Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy untuk memaklumkan hasil mesyuarat hari ini. Keputusan akhirnya terletak pada mereka,” katanya.
Trump menegaskan hubungannya dengan Putin sentiasa baik walaupun sebelum ini terjejas akibat “hoax” berkaitan campur tangan Rusia dalam politik AS.
“Kami telah mengadakan banyak mesyuarat yang sukar dan baik. Isu ‘Russia, Russia, Russia’ itu menjadikan urusan lebih sukar, namun beliau memahaminya dan tahu ia adalah fitnah,” kata Trump.
Beliau menutup kenyataan dengan harapan agar kedua-dua pihak dapat mengadakan mesyuarat paling produktif bagi menghentikan pertumpahan darah yang meragut ribuan nyawa setiap minggu.
“Presiden Putin mahu melihat perkara ini berakhir sama seperti saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Vladimir Putin
#konflik Rusia-Ukraine
#Alaska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan