awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2018
12:28 MYT
Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan
SARAVANAN: Kerajaan perlu membuktikan komitmen mereka terhadap masyarakat India dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap semua yang terlibat. - BERNAMA/Fail
Kerajaan digesa membuktikan komitmen kepada masyarakat India dengan segera mencari penyelesaian dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia perlu dibuktikan dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap 200 orang yang dikatakan terlibat dalam kejadian berkenaan.
"Saya mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera terhadap penceroboh Kuil Sri Maha Mariamman Seafield awal pagi tadi.
"Jika PDRM mampu mengambil tindakan segera dalam satu insiden kaum India hanya kerana memegang pisau yang tidak sampai tujuh inci, polis perlu mengambil tindakan terhadap 200 orang penceroboh yang jelas membawa pelbagai senjata bahaya ketika menceroboh dan menyerang para penganut di kuil tersebut.
"Kerajaan perlu membuktikan komitmen mereka terhadap masyarakat India dengan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap semua yang terlibat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Jangan sebar berita negatif kes kuil Sri Maha Mariamman - Noor Rashid
BACA: Lima parah, dua kumpulan bergaduh di kuil
Saravanan turut meninjau keadaan di kuil berkenaan pada pagi Isnin.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebelum ini memberi amaran kepada semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak mengambil kesempatan menyebarkan berita negatif yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum susulan insiden yang berlaku di kuil berkenaan.
Tegasnya, insiden itu bukannya melibatkan ketegangan antara kaum atau agama sebaliknya melibatkan pemilikan tanah dan perpindahan sebuah kuil.
Sementara itu, Polis Daerah Subang Jaya dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, kekecohan itu adalah di antara penganut kuil Hindu di USJ 25 dengan satu kumpulan lain berpunca daripada salah faham berhubung isu penempatan semula kuil berkenaan.
Kenyataan itu menjelaskan, polis turut mengesahkan kejadian melibatkan dua kumpulan itu di Kuil Sri Maha Mariamman berhampiran susur keluar USJ di lebuh raya Elite dan USJ 16 dan 21.
Topic Berkaitan
#kaum india
#kuil
#MIC
#Noor Rashid Ibrahim
#Pakatan Harapan
#PDRM
#Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan