Rang Undang-Undang (RUU) Farmasi dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada pihak Peguam Negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata RUU itu antara lain bertujuan membolehkan kawalan terhadap harga ubat.
"Selepas pindaan ini dilakukan, kerajaan akan mendapat kuasa untuk kawal ubat-ubatan yang dijual di dalam negara ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata melalui rang undang-undang baharu itu, usaha kerajaan untuk mengawal kos perubatan yang dikenakan oleh sektor swasta dapat dijalankan.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata sehingga tahun lepas, sebanyak 105 klinik desa telah dinaik taraf menjadi klinik kesihatan luar bandar dari segi peningkatan penyelenggaraan dan bekalan peralatan.
"Secara keseluruhan terdapat 589 klinik kesihatan yang terletak di luar bandar dengan 436 atau 74 peratus daripadanya telah dilengkapi dengan pegawai perubatan perkhidmatan makmal dan farmasi," katanya.
Bernama
Tue Mar 22 2016
Subramaniam berkata, RUU itu antara lain bertujuan membolehkan kawalan terhadap harga ubat. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gas helium: Kaji semula prosedur operasi standard penggunaan - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan cadang supaya prosedur operasi standard (SOP) penggunaan belon berisi gas helium di majlis rasmi dikaji semula bagi mengelak insiden letupan belon di Kuala Terengganu berulang.
Operasi penguatkuasaan pembiakan aedes dilancar di seluruh negara
Sejumlah 12,110 premis telah diperiksa dan 39 kompaun berjumlah RM19,500 dikeluarkan hasil operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes di seluruh negara.
RUU Farmasi dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Farmasi dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun ini selepas mendapat kelulusan daripada pihak Peguam Negara.
Pemilihan MIC lancar, kata Dr Subramaniam
Pemilihan semula jawatankuasa tertinggi MIC berjalan lancar, kata presiden parti itu Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
MIC perlu dekati generasi muda untuk sokong calon parti pada pilihan raya umum
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata memberi peluang kepada golongan muda menceburi bidang politik sahaja tidak cukup kerana golongan ini memiliki keinginan dalam pelbagai perkara.
Saravanan sahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC
Naib Presiden MIC, Datuk M.Saravanan Khamis mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu pada 6 November ini.
MyDaftar bantu 8,000 masyakarakat India miliki dokumen pengenalan diri
Program MyDaftar telah membantu kira-kira 8,000 masyarakat India memiliki dokumen pengenalan diri sejak dilancarkan pada Februari 2011.
Hospital Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah akan diberi bantuan segera - Kementerian
Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh tiga hospital utama negeri Kelantan iaitu hospital kuala krai, hospital gua musang dan hospital tanah merah.
Tarikh baharu pemilihan semula MIC diputus minggu depan
Tarikh baharu bagi pemilihan semula jawatan naib presiden MIC dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan diputuskan selepas mesyuarat bersama presiden parti minggu hadapan.
Kementerian kaji keberkesanan vaksin denggi baharu
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci terhadap vaksin denggi baharu bagi memastikan ia benar-benar berkesan dari segi penggunaannya untuk jangka masa panjang.