KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentang di Parlimen disifatkan sebagai kompromi kepada situasi dan realiti sebenar yang dihadapi masyarakat Malaysia pada ketika ini.
Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy berkata, ia termasuk mengambil kira aspek ekonomi masyarakat dan memastikan situasi menang-menang antara semua pihak dapat dicapai.
"Sebenarnya kami semua iaitu persatuan-persatuan perubatan , aktivis masyarakat dalam program kawalan tembakau ini tidak begitu berpuashati, untuk sekian lama, sebarang cadangan untuk membenarkan vape.
"Namun, kami juga menyedari bahawa dalam situasi harian serta realiti masyarakat, kita kena tengok semua aspek dalam kawalan tembakau ini termasuklah kawal selia ekonomi dan ramai dari warga Malaysia yang sebenarnya juga menggunakan ini sebagai aktiviti ekonomi mereka.
"Jadi sekarang satu kompromi dengan pihak KKM akan dapat dicapai di mana saya telah membuat rundingan dengan semua pihak berkepentingan untuk sekarang meletakkan satu akta yang sebenarnya sebaik-baik yang boleh kita buat untuk situasi menang-menang untuk semua pihak,"katanya semasa program Agenda AWANI pada Jumaat.
BACA: Jangan guna alasan pasaran haram rokok untuk tidak sokong RUU - Khairy
Katanya lagi, walaupun beliau dan rakan-rakan NGO program kawalan tembakau, merokok dan vape berasa gembira dengan perundangan yang komprehensif itu, namun, pengusaha industri yang terlibat masih boleh menjalankan aktiviti ekonomi mereka dengan syarat-syarat tertentu.
"Bagi penjual , pengilang dan sebagainya kita masih ada skop untuk mereka dengan syarat-syarat tertentu supaya kita memberi peluang aktiviti ekonomi dijalankan dengan teratur, dengan langkah yang paling minimum dalam isu penjejasan kesihatan yang kita boleh lakukan dalam senario hari ini,"ujarnya.
Dalam pada itu, Dr. Murallitharan Munisamy berkata, pihaknya akan terus berusaha untuk mendapatkan sokongan anggota dewan rakyat bagi memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok diluluskan di parlimen.
Beliau pada masa sama menjelaskan, langkah memberikan advokasi dan pendidikan mengenai kawalan tembakau dan merokok akan tetap diteruskan walaupun selepas kelulusan RUU berkenaan.
"Dari kumpulan NGO stakat ini, kita tidak menggunakan pengharaman tetapi kawalan sahaja. Ada lebih 50 NGO di pelbagai lapisan masyarakat dan kami telah melakukan engagement sejak 6 ke 7 bulan lalu.
"Kami terus lakukan engagement dari pagi sampai petang di parlimen , 'mengemis' dan mencari ahli parlimen untuk meyakinkan mereka dan kami akan terus berbuat demikian sehinggalah RUU dibentang, dan diluluskan.
"Lebih penting, walaupun diluluskan, advokasi akan berterusan untuk 20 tahun lagi," tegasnya.
Rahimah Abdullah
Fri Jul 22 2022
Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentang di parlimen disifatkan sebagai kompromi kepada situasi dan realiti sebenar yang dihadapi masyarakat Malaysia pada ketika ini. Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Dasar yang stabil, bersifat jangka masa panjang penting untuk jayakan usaha nyahkarbon - CEO Gentari
Dasar yang stabil dan bersifat jangka masa panjang tanpa sebarang perubahan asas yang ketara penting dalam usaha peralihan tenaga.
Tenaga hidrogen ialah masa depan peralihan tenaga - CEO Gentari
Tenaga hidrogen merupakan masa depan peralihan tenaga dalam usaha menyahkarbon bumi.
Pembangunan AI berdepan realiti kekurangan sumber bahan mentah - WEF
Kemajuan dalam pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berdepan dengan cabaran untuk mencipta model yang lebih berkuasa.
Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis
Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.
AI bukan milik eksklusif pakar IT, T20 - Penganalisis
Kecerdasan buatan (AI) bukan milik eksklusif golongan pakar teknologi maklumat dan golongan berpendapatan tinggi semata-mata.