KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023, antara lain bertujuan mengawal selia kekebalan yang diberikan kepada sesuatu negara asing dan hartanya, ketua negara dan ketua kerajaan sesuatu negara daripada bidang kuasa mahkamah Malaysia, dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Ia dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said yang memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Fasal 20 dan 21 rang undang-undang itu memperuntuk penubuhan Majlis Kekebalan Negara Asing yang berfungsi antaranya untuk menimbang teliti dan memutuskan semua perkara berkaitan dengan kekebalan negara asing yang timbul daripada pelaksanaan akta ini.
Selain itu, Fasal 30 memperuntuk Perdana Menteri boleh menarik balik semua atau mana-mana kekebalan di bawah akta berkenaan terhadap mana-mana negara asing, jika beliau berpuas hati bahawa Malaysia tidak menerima apa-apa kekebalan seperti yang diberikan oleh Malaysia.
Azalina dalam satu kenyataan memaklumkan penggubalan rang undang-undang itu adalah berasaskan doktrin kekebalan negara asing daripada bidang kuasa mahkamah yang sudah lama diterima pakai di bawah undang-undang adat antarabangsa serta beberapa prinsip yang diperuntuk dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kekebalan Bidang Kuasa Negara dan Harta Mereka 2004.
"Prinsip layanan salingan merupakan antara perkara utama dalam rang undang-undang ini. Kuasa akan diberikan kepada Perdana Menteri untuk menarik balik kekebalan yang diberikan kepada mana-mana negara asing jika negara asing itu tidak memberikan kekebalan yang sama kepada kita," katanya.
Menurutnya penggubalan rang undang-undang itu juga mencerminkan usaha Malaysia dalam melindungi kekebalan negara asing selain memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia dengan negara asing.
Beliau berharap kewujudan undang-undang itu akan membuka hati kerajaan negara asing untuk turut memberikan kekebalan kepada Malaysia sekali gus menjamin kedaulatan Malaysia sekiranya terdapat tindakan mahkamah yang dimulakan terhadap Malaysia di negara asing tersebut.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula membentangkan Rang Undang-Undang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Ia antara lain bertujuan memasukkan fungsi baharu Lembaga Lebuhraya Malaysia iaitu menasihati Kerajaan Persekutuan mengenai perkara yang berkaitan dengan lebuh raya, membentuk piawaian bagi lebuh raya dan melaksanakan perancangan, reka bentuk, pembinaan, pengendalian, pengurusan serta penyenggaraan lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bacaan kali kedua rang undang-undang itu akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang. - Gambar/ Bernama
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Penggubalan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing di peringkat akhir - Azalina
Berdasarkan prinsip layanan salingan, layanan sama diharapkan akan diberikan kepada Malaysia oleh negara asing.
Luluskan RUU GEG segera: Lindungi remaja dan kanak-kanak dari ketagihan vape
Sebarang tindakan melengahkan atau menangguhkan RUU ini akan membawa remaja kita selangkah ke arah kemudaratan yang nyata.
Dewan Rakyat lulus RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023
Rang undang-undang (RUU) bagi menggubal akta mengawal selia penggunaan cekap tenaga dan konservasi tenaga diluluskan persidangan Dewan Rakyat hari ini.