awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Mahkamah Syariah: Jangan terpengaruh dengan DAP - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
04/06/2016
00:09 MYT
RUU Mahkamah Syariah: Jangan terpengaruh dengan DAP - Asyraf Wajdi
ASYRAF: Jangan mudah melatah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan DAP, yang membantah pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Saya nasihatkan rakyat supaya jangan mudah melatah atau percaya apa yang DAP laungkan kerana ia boleh cetuskan ketidakstabilan dalam negara," katanya selepas melancarkan Program Pelancaran Skuad Taawun dan Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh di sini, pada Jumaat.
Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa rang undang-undang berkenaan hanya melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah dan bukannya tentang hudud.
Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
Mengulas mengenai parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya di Kelantan, Asyraf Wajdi berkata Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memberi taklimat kepada wakil parti komponen berkenaan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi
#DAP
#Dewan Rakyat
#hudud
#RUU Mahkamah Syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan