KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua minggu depan wajar mendapat sokongan semua Ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam, sekali gus diluluskan tanpa pindaan.
Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpandangan, RUU tersebut amat berkesan menyatupadukan umat Islam di negara ini yang mempunyai kepelbagaian latar belakang berteraskan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ), di samping meningkatkan keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.
"Sebab itu saya menyokong penuh pembentangan RUU Mufti di Parlimen bertujuan mengadakan peruntukan bagi perkara berhubung kait dengan mufti, penentuan mengenai hukum dan perkara berkaitan.
"Pada hemat saya, RUU tersebut akan memperkemas tadir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan dan penjelasan ASWJ kepada masyarakat awam khususnya dalam menjamin kedudukan dan kesejahteraan umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.
Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.
RUU Mufti antaranya memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata RUU Mufti juga dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini.
"Ia amat relevan bahawa seseorang itu layak dilantik sebagai mufti atau timbalan mufti jika dia seorang warganegara Malaysia, ASWJ serta mempunyai kepakaran dalam hukum syarak seperti RUU Mufti," tambah beliau.
Semalam, Jabatan Mufti Selangor turut menyokong penuh RUU Mufti untuk mentakrifkan ASWJ berdasarkan manhaj akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah sebagai punca kuasa kepada Jabatan Mufti Wilayah bagi menambah baik keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.
Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Anhar Opir dalam kenyataan berkata, ia selaras dengan titah Sultan Selangor ketika menjadi Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dizahirkan ketika Mesyuarat MKI Ke-69 yang bersidang pada 6 Mac tahun lalu.
Katanya, titah itu menegaskan institusi Raja-Raja Melayu mewarisi aliran ASWJ dengan berakidah Imam al-Ashari, fiqh bermazhab Imam Shafie dan aliran tasawuf Imam al-Ghazali.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 10 2024
Syed Ali berkata, RUU Mufti dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini. - Gambar fail
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
KDN perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand, tangani jenayah rentas negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
[TERKINI] Pertukaran petugas kaunter berfasa, elak urusan rakyat terjejas
Pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Nahas lori 10 tan dan perodua Alza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Kekejaman zionis: Ratusan penduduk di Jenin dipaksa berpindah
Ratusan penduduk di bandar Jenin, kira-kira 120 kilometer di utara Gaza, dipaksa meninggalkan kediaman mereka susulan operasi ketenteraan besar-besaran Israel di Tebing Barat yang memasuki hari ketiga pada Khamis.
AS sertai semula Deklarasi Geneva anti-pengguguran
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengumumkan bahawa negara itu akan menyertai semula perjanjian antarabangsa yang dikritik kerana menyekat akses pengguguran kepada jutaan wanita dan gadis di seluruh dunia.
Rubio menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada para penandatangan Geneva Consensus Declaration (GCD) mengenai keputusan untuk menyertai semula perjanjian tersebut dengan serta-merta.
Rubio menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada para penandatangan Geneva Consensus Declaration (GCD) mengenai keputusan untuk menyertai semula perjanjian tersebut dengan serta-merta.
Keputusan RUU Mufti Wilayah Persekutuan perlu pertimbang kehendak umat Islam
Musa berkata, undian daripada rakyat diperlukan meskipun RUU tersebut hanya terpakai kepada mereka yang berada di lokasi berkenaan.
RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti
Katanya, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen MAIK serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
RUU Mufti perlu disokong, diluluskan di Dewan Rakyat - Syed Ali
RUU Mufti dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah, kata Syed Ali.