awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi lulus

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/12/2020
07:50 MYT
RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi lulus
Dengan undian ini, kesemua tiga RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa yang dibentangkan hari ini lulus. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi akhirnya diluluskan selepas berlaku sedikit kekecohan dalam Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengumumkan keputusan undian berkata, sejumlah 108 ahli Parlimen menyokong, 95 tidak bersetuju sementara 17 ahli Parlimen lagi tidak hadir.
"Ahli Yang Berhormat, keputusan belah bahagian adalah seperti berikut bersetuju adalah 108, tidak bersetuju 95, tidak hadir 17.
"Dengan ini Kepala 20 dijadikan sebahagian daripada jadual," katanya.
Undi belah bahagian itu diadakan selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun meminta proses belah bahagian dilakukan.
Dengan undian ini, kesemua tiga RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa yang dibentangkan hari ini lulus.
Dua lagi kementerian kementerian adalah Kementerian Luar dan Kementerian Perpaduan Negara.
Namun begitu, RUU Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa kedua-dua kementerian itu diluluskan melalui undian suara, tanpa melalui proses belah bahagian.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Kementerian Luar
#kementerian perpaduan negara
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
#RUU Perbekalan Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan