awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama

Bernama
Bernama
14/03/2024
13:04 MYT
RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dibentang untuk bacaan kali pertama
Lim berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi persidangan kali ini. - Gambar fail/JaPen
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Lim berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada sesi persidangan kali ini.
Menurut dokumen yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 bagi memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun ini sebanyak RM648,537,400.
Permohonan peruntukan tersebut adalah berikutan beberapa kementerian telah disusun semula dan dinamakan semula dan beberapa kementerian baharu telah ditubuhkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan daripada kementerian lain selaras dengan pembentukan Kabinet baharu pada 12 Dis 2023.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk Jabatan Perdana Menteri iaitu sebanyak RM64,912,200, Jabatan Perkhidmatan Awam (RM21,673,000) dan Kementerian Perpaduan Negara (RM1,433,200).
Peruntukan itu juga adalah bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (RM783,700), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (RM340,087,300), Kementerian Komunikasi (RM37,382,400) dan Kementerian Digital (RM182,265,600).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#RUU perbekalan
#peruntukan tambahan
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan