Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dibaca kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.
Ia bagi memohon perbekalan tambahan perkhidmatan sebanyak lebih RM7 bilion melibatkan 14 kementerian dan agensi kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri ketika membentangkan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2019 ke Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM1.072 billion.
RUU Perbekalan Tambahan (2019) melibatkan anggaran perbelanjaan tambahan Kementerian Kewangan sebanyak RM3.628 billion, Kementerian Kesihatan (RM1.179 bilion), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (RM635.9 juta), Kementerian Pendidikan (RM623.7 juta), Kementerian Pertahanan (RM362.9 juta).
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (RM313.2 juta), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (RM77.1 juta), Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (RM58.2 juta), Kementerian Industri Utama (RM40.3 juta), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Rm39.4 juta), Kementerian Kerja Raya (RM16.1 juta), Kementerian Luar Negeri (RM13.9 juta), Kementerian Pengangkutan (RM50 juta) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (RM15.6 juta).
Sementara itu, Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika membuka sesi pembacaan RUU Perbekalan Tambahan (2019) menjelaskan tempoh proses undi belah bahagian dipanjangkan kepada tambahan 10 minit.
Keputusan itu dibuat bagi memberi masa secukupnya kepada Ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok Pentadbiran.
"Bagi proses belah bahagian di mana setiap kali proses ini dijalankan, loceng akan dibunyikan selama dua minit dan kemudian persidangan mesyuarat akan ditempohkan selama 10 minit bagi memberi masa kepada semua Ahli Parlimen untuk berada dalam dewan untuk ambil bahagian dalam proses belah bahagian.
"Kemudian loceng akan dibunyikan semula selama dua minit selepas sidang mesyuarat ditempohkan bagi membolehkan persidangan dijalankan dan proses belah bahagian dilaksanakan," katanya.
Fareez Azman
Tue Aug 11 2020
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan tempoh 10 minit itu dipanjangkan beri masa Ahli Parlimen dapat mengikuti proses belah bahagian dijalankan. Gambar: Fail
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Dewan Rakyat lulus Usul Junjung Kasih Titah Yang Di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul itu selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.
PAC bermesyuarat 26 Julai depan - Kah Woh
Surat pemakluman tarikh mesyuarat PAC Parlimen ke-14 itu telah dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.
Parlimen sedia bersidang bila-bila masa - YDP Dewan Rakyat
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan Parlimen mengikut waktu yang dirasakan sesuai oleh beliau.
RUU Perbekalan Tambahan (2019) dibacakan kali kedua hari ini
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dibaca kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.
PM ucap tahniah kepada Azhar dipilih sebagai Speaker
Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Datuk Azhar Azizan Harun yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-10.
Azhar Harun calon YDP Dewan Rakyat, Azalina timbalan
Kerajaan akan mengusulkan Datuk Azhar Azizan @ Harun sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat ke-10 menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof pada persidangan Dewan Rakyat esok.
Azhar Harun letak jawatan Pengerusi SPR 29 Jun lalu
Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.