awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU PSB: Johari ketuai Pasukan Khas UMNO

Bernama
Bernama
03/09/2025
11:24 MYT
RUU PSB: Johari ketuai Pasukan Khas UMNO
Johari dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan RUU PSB.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) sebelum dibentang dalam Konvensyen Melayu Bandar hujung September ini.
  • Konvensyen tersebut akan melibatkan kepimpinan UMNO, parti politik Melayu, NGO, ahli akademik dan masyarakat sivil, dengan resolusi akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • RUU PSB bertujuan memberi ruang kepada projek pembinaan semula kediaman selesa demi kesejahteraan rakyat seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pasukan khas itu bertanggungjawab meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara terperinci sebelum dibentang dalam Konvensyen Melayu Bandar pada hujung September ini.
"Konvensyen Melayu Bandar bakal melibatkan kempimpinan tertinggi UMNO daripada negeri-negeri dan bahagian-bahagian seluruh Malaysia, parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan masyarakat sivil.
"Resolusi konvensyen ini akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri sebelum ini menegaskan bahawa RUU PSB perlu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada projek pembinaan semula kediaman selesa untuk kesejahteraan rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RUU PSB
#URA
#UMNO
#JOHARI ABDUL GHANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan