IPOH:Datuk Saarani Mohamad memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Perak yang baharu pagi ini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu hijau tiba di Anjung Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 8.45 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Hadir sama Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan.



Upacara ringkas dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.



Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pintu masuk pejabat pada jam 9 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya.



Menteri Besar kemudiannya mengadakan sidang media di Dewan Bankuet selepas diberi taklimat ringkas di pejabatnya.