awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah benar akad nikah namun tiada persandingan - Menteri

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
12/11/2020
13:14 MYT
Sabah benar akad nikah namun tiada persandingan - Menteri
Apa yang tidak boleh dilaksanakan ketika ini adalah majlis persandingan, kata Mohd Ariffin.
KOTA KINABALU:Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEINS) membenarkan upacara akad nikah dan pendaftaran perkahwinan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif berkata apa yang tidak boleh dilaksanakan ketika ini adalah majlis persandingan.
Beliau juga berkata, segala urusan pernikahan perlu dilakukan di pejabat JHEINS dan bukannya di masjid atau rumah.
"Sudah lama boleh... tapi ikut SOP dan upacara akad nikah dibuat di pejabat JHEINS. Di masjid tidak boleh," jelas beliau.
Beliau berkata demikian semasa sidang media pelancaran SOP perkahwinan bagi pasangan muslim di negeri itu pada Khamis di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).
Namun begitu, Mohd Ariffin memberitahu kursus praperkahwinan perlu diadakan secara dalam talian atau secara temu duga.
Topic Berkaitan
#nikah
#SOP
#perkahwinan
#Sabah
#COVID-19
#PKPB
#pkpb sabah
#sop perkahwinan
#pernikahan dibenarkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan