KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah membenarkan kapal bukan konvensional (NCS) atau kumpit dari Indonesia dan Filipina memasuki perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dan kapal NCS Malaysia melalui perairan ESSZONE ke negara-negara itu bermula Jumaat ini.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata kebenaran itu dibuat bagi membolehkan aktiviti perdagangan barter dan pemindahan dilaksanakan semula setelah aktiviti itu digantung sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah dikuatkuasakan pada 13 Okt tahun lepas.
"Perdagangan barter dan pemindahan merupakan aktiviti yang menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah. Aktiviti ini umumnya menggunakan mod pengangkutan kapal NCS bagi membawa barangan dari Sabah ke Filipina dan Indonesia serta sebaliknya.
"Bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 dari luar negara, penggunaan kapal NCS bagi aktiviti ekonomi perdagangan barter dan pemindahan ini telah digantung seketika sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Bagaimanapun, Hajiji berkata semua pemain ekonomi dalam sektor ekonomi tersebut hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu COVID-19.
Beliau berkata SOP tersebut ialah kru kapal bebas daripada COVID-19; kru tidak dibenarkan turun ke daratan dan proses pemunggahan dilakukan syarikat tempatan; semua kapal masuk dan keluar hendaklah melalui laluan ditetapkan; dan mematuhi SOP, peraturan serta perundangan sedang berkuatkuasa.
"Adalah diharapkan dengan kebenaran ini, para peniaga dan pengusaha yang terlibat dalam ekonomi perdagangan barter dan pemindahan dapat kembali bangkit dan menyumbang kepada ekonomi negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Kebenaran itu dibuat bagi membolehkan aktiviti perdagangan barter dan pemindahan dilaksanakan semula setelah aktiviti itu digantung sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Sabah dikuatkuasakan pada 13 Okt tahun lepas. - BERNAMA
![[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak [TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899551/8967789641618278513442_640x360.jpg)
[TERKINI] SRC International | Perkembangan rayuan DS Najib Razak

AWANI Pagi: Cari keberkatan dalam kesederhanaan
Sekali lagi kita berpuasa di saat pandemik dan norma baharu yang ketika ini bagai lumrah Apa tips kesihatan dan amalan yang baik dalam kita menempuhi bulan penuh keberkatan ini? Selebriti Selasa bersama Mizz Nina dan Imam Muda Asyraf untuk membicarakan topik ini #AWANIPagi #BukaLembaranBaharu #IlhamRamadan

Rayuan kes SRC Najib masuk minggu kedua
Salah seorang pegawai beliau memaklumkan barisan pembeleaan akan memohon mahkamah untuk penggulungan hujah pembelaan kes itu kira-kira pukul 1 petang ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899544/15146776071618275677028_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi 13 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Ramadan: Kedai makan, perkhidmatan penghantaran dibenarkan sehingga 6 pagi - Audio tular: Anwar sindir Azmin sememangnya pandai bab video, audio #AWANInews #BukaLembaranBaharu

Aliran trafik masuk sempadan Kelantan terkawal pada awal Ramadan
Aliran trafik memasuki sempadan Kelantan terkawal walaupun berlaku sedikit peningkatan kenderaan menjelang satu Ramadan.

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Biar pakar tentukan takrifan wilayah - Abang Jo
Jelas Abang Johari status berkenaan belum muktamad dan bergantung hasil perbincangan di bawah MA63 antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Fadillah Yusof menyifatkan terma wilayah untuk Sarawak dan Sabah sebagai satu permulaan bagi menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran pengunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat disahkan lagi kesahihannya.

Hajiji optimis tuntutan MA63 capai keputusan positif
Beliau menegaskan kerajaan sememangnya sedang berusaha gigih dalam melaksanakan perkara tersebut.

Keselamatan rakyat lebih penting daripada bazar Ramadan - Hajiji
Jelas Hajiji larangan itu dilakukan demi keselamatan rakyat susulan situasi COVID-19 yang tidak menentu di Sabah.

Tak pakai pelitup muka, Awang Tengah sedia bayar kompaun
Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu mengakui terlupa memakai kembali pelitup muka selepas makan.

PRN12: Gerawat calon pertahan kerusi DUN Mulu
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Mulu, Datuk Gerawat Gala akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

Tidak ada pertembungan kerusi antara UMNO, Bersatu dalam PRU15 - Bung Moktar
Keputusan yang dibuat sedikit memberi implikasi kepada kepimpinan UMNO pusat namun segala yang dilakukan adalah untuk rakyat Sabah.

COVID: 47 kilang di Pulau Pinang ditutup sementara sejak Januari - Ketua Menteri
Sejumlah 47 kilang di Pulau Pinang diarahkan tutup buat sementara waktu dalam tiga bulan pertama tahun ini kerana COVID-19.

Sarawak mampu muncul antara negeri paling maju di Malaysia - Muhyiddin
Muhyiddin memberi jaminan hak-hak Sarawak akan terus dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.