awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston

Bernama
Bernama
23/03/2024
20:52 MYT
Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston
Sabah merekodkan kedatangan 2.6 juta pelancong pada 2023 yang melebihi sasaran 2.2 juta dengan 1.75 juta adalah pelancong domestik dan 858,475 pelancong luar. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pelancong dari Semenanjung boleh memilih Sabah sebagai destinasi percutian kerana ia menawarkan harga berpatutan susulan peningkatan perbelanjaan perjalanan ke luar negara.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata mereka bukan hanya dapat meneroka destinasi baharu malah berpeluang mendalami budaya tempatan selain memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat negara ini.
"Dengan memilih mengunjungi Sabah, ia sama seperti ke luar negara kerana anda akan menyeberangi Laut China Selatan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah itu berkata peralihan dalam pemilihan tempat percutian berkenaan akan membantu pertumbuhan pelancongan domestik dan ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya kerajaan negeri untuk memacu ekonomi Sabah.
Joniston berkata Sabah merekodkan kedatangan 2.6 juta pelancong pada 2023 yang melebihi sasaran 2.2 juta dengan 1.75 juta adalah pelancong domestik dan 858,475 pelancong luar sekali gus menjana pendapatan sebanyak RM5.5 bilion.
Beliau berkata statistik Lembaga Pelancongan Sabah menunjukkan negeri itu telah menerima 300,990 pelancong domestik dan 231,237 pelancong asing bagi tempoh dua bulan pertama 2024.
Pelancong China mencatatkan jumlah tertinggi dengan 91,936 orang diikuti Korea Selatan (42,653) dan Brunei (36,066).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#destinasi percutian
#joniston bangkuai
#Sabah
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan