awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah dijangka kutip cukai jualan RM1.23 bilion daripada Petronas mulai 2021

Bernama
Bernama
07/11/2020
22:58 MYT
Sabah dijangka kutip cukai jualan RM1.23 bilion daripada Petronas mulai 2021
Jeffrey berkata dana RM500 juta itu adalah lebih baik berbanding 'penyelesaian' oleh kerajaan Pakatan Harapan iaitu geran khas RM53.4 juta untuk Sabah. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah dijangka mengutip cukai jualan minyak dan gas sebanyak lima peratus daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas), yang akan berjumlah RM1.25 bilion, mulai tahun depan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, berkata perkara itu telah dibawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang telah bersetuju mengenainya.
"RM1.25 bilion akan diterima secara langsung daripada Petronas jadi ia tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2021. Bagaimanapun, kita mungkin merangkumkannya dalam belanjawan negeri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mengutip cukai jualan sebanyak lima peratus daripada syarikat minyak dan gas lain yang beroperasi di Sabah.
Ini bermakna Sabah akan mempunyai lebih banyak dana untuk dibelanjakan bagi pembinaan infrastruktur lebih pesat, pembangunan modal insan dan ekonomi negeri, katanya.
Jeffrey berkata selain itu, kerajaan negeri juga telah mengemukakan surat kepada Muhyiddin bagi memohon dana RM500 juta sebagai sebahagian obligasi perlembagaan kerajaan Persekutuan.
Berdasarkan Jadual Kesepuluh, Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, kerajaan Persekutuan hendaklah memberi kepada Sabah 40 peratus daripada hasil bersih yang diperoleh kerajaan Persekutuan dari negeri itu.
Jeffrey berkata dana RM500 juta itu adalah lebih baik berbanding 'penyelesaian' oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu geran khas RM53.4 juta untuk Sabah.
"Perjanjian di antara kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan dengan kerajaan Persekutuan yang ditadbir PH sebelum ini mempunyai kekurangan.
"Jumlah tidak seberapa RM53.4 juta untuk tempoh empat tahun dan RM106.8 juta pada tahun kelima bermakna kita (Sabah) tidak mempunyai ruang untuk merundingkan semula jumlah itu untuk lagi lima tahun akan datang. Ini akan mengakibatkan kerugian besar kepada hasil Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Jeffrey Kitingan
#cukai
#jualan
#minyak
#ekonomi
#kerajaan negeri
#Sabah
#Belanjawan Negeri
#dana
#kerajaan Persekutuan
#Perlembagaan Persekutuan
#dana RM500 juta
#geran khas
#Muhyiddin Yassin
#syarikat minyak dan gas
#Belanjawan 2021
#cukai jualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan