Skip to main content

Malaysia

Sabah Electricity nafi kutip data peribadi pelanggan dari rumah ke rumah

81769895521_TBSabahElectricity.jpg
Sabah Electricity turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kewujudan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan borang palsu bagi mendapatkan maklumat pengguna secara tidak sah. - Gambar fail
Advertisement

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) hari ini menegaskan bahawa syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti pengumpulan atau kutipan data peribadi pelanggan dari rumah ke rumah.

Syarikat utiliti itu dalam satu kenyataan menasihati orang ramai supaya tidak mengisi borang atau menyerahkan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana individu yang hadir ke kediaman mereka bagi tujuan tersebut.

"Sebarang urusan melibatkan data peribadi pelanggan dilaksanakan melalui kaunter atau saluran rasmi Sabah Electricity, dan maklumat dikendalikan selaras dengan keperluan perlindungan data peribadi yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.

Sabah Electricity turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan kewujudan individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan borang palsu bagi mendapatkan maklumat pengguna secara tidak sah.

Menurut Sabah Electricity, pengguna yang didatangi individu mencurigakan dan mendakwa mewakili syarikat berkenaan diminta untuk tidak menandatangani sebarang dokumen sebaliknya mengesahkan identiti mereka terlebih dahulu.

Pengguna boleh membuat pengesahan dengan menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444 atau 088-515000, melalui e-mel [email protected], atau hadir ke kaunter perkhidmatan pengguna terdekat.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement