DATUK Ong Kim Swee mengakui Sabah FC berdepan detik cemas sebelum mengesahkan mata penuh ke atas Kuching City di depan penyokong sendiri petang semalam.
Sang Badak selesa mendahului 3-1 sebelum memerlukan gol masa kecederaan daripada tonggak import baru, Ramon Machado, untuk kemenangan 4-3.
Sehubungan itu, ketua jurulatih tersebut tidak menolak kejayaan dalam perlawanan ke-16 Liga Super berkenaan dipengaruhi elemen tuah untuk mereka mengekalkan rekod kebal di Stadium Likas.
"Kami mengambil mudah selepas mendahului. Ini kerap berlaku namun nasib menyebelahi kami pada malam ini.
"Dengan kesungguhan kami dapat gol kemenangan pada saat-saat akhir dan ini tidak harus berulang kerana selepas ini semua pasukan akan menambah baik pasukan mereka," katanya selepas perlawanan.
Sungguhpun melontarkan nada hampir sama, pengendali kelab dari Sarawak itu, Irfan Bakti Abu Salim, barisan pemainnya juga gagal memastikan amanatnya supaya mengelak sebarang kesilapan mudah.
"Inilah bola sepak terutama dalam babak kedua apabila kami cuba bangkit. Malangnya bola yang cuba dikeluarkan itu sangat-sangat lemah dan bagi saya ia sebuah gol nasib pada saat-saat akhir.
"Saya puji kesungguhan pemain tetapi mereka (Sabah) tidak ada apa-apa. Tetapi kami melepaskan tiga gol dalam separuh masa pertama berikutan kesilapan individu, memberikan bola kepada pihak lawan dan bola kedua pula mereka dapat daripada kami," katanya.
Pesta gol juga turut terhasil di Stadium Bandaraya yang menyaksikan sentuhan penyudah Alif Ikmalrizal Anuar menyumbat gol kemenangan 4-3 Penang FC pada minit ke-84 selepas aksi separuh masa pertama bertemu Kelantan FC terikat 3-3.
Sementara itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan rutin 2-0 walaupun Negeri Sembilan FC liat untuk ditumbangkan di Stadium Sultan Ismail.
Astro Arena
Sun Jul 09 2023
Pemain Sabah FC Saddil Ramdani (dua, kiri) bersama rakan sepasukan meraikan jaringannya dalam saingan Liga Super Sabah FC menentang Kuching City FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 8 Julai 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Piala AFC: Kim Swee tagih aura penyokong Sabah FC
Datuk Ong Kim Swee menyeru penyokong Sabah FC agar dapat menjelmakan sokongan padu dalam menggalas misi Piala AFC bertemu wakil Vietnam, Hai Phong FC.
Piala AFC: Darren Lok beri aksi terbaik
Usaha yang gigih dipamerkan setiap pemain Sabah, terutama Darren Lok, perlu diberikan pujian.
'Peluang tebus maruah negara'
Kim Swee percaya kehadiran Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine mampu beri 'kesegaran' buat Harimau Muda mengharungi tugasan kali ini.
Jurulatih tempatan, luar negara perlu jaga dengan penuh hormat - PJBM
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia gesa semua pihak berkaitan untuk melayan kesemua jurulatih sama ada tempatan mahupun luar negara dengan penuh hormat.