awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sabah First' harus dijayakan menerusi hubungan baik kerajaan Persekutuan, negeri

Bernama
Bernama
13/05/2025
20:15 MYT
'Sabah First' harus dijayakan menerusi hubungan baik kerajaan Persekutuan, negeri
Kedua-dua parti juga berpendapat aspirasi tempatan perlu menjadi asas kepada sebarang perundingan gabungan politik di Sabah menjelang pilihan raya negeri akan datang. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Polisi meletakkan kepentingan dan keperluan Sabah sebagai utama atau 'Sabah First' harus dijayakan menerusi hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan negeri secara perundingan bijaksana.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan bersama berkata, merealisasikan polisi itu memerlukan kerjasama semua parti politik tempatan dan konfrontasi dengan kerajaan Persekutuan bukan cara yang betul dalam melaksanakannya.
Menurut kenyataan itu, UPKO dan PBRS yang menganggotai gabungan politik kebangsaan ketika ini merupakan 'jambatan Sabah di Putrajaya' dan memainkan peranan konsisten dengan parti lain dalam memperjuangkan isu-isu menjadi keprihatinan utama di Sabah termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"UPKO dan PBRS akan terus menyumbang kepada perpaduan rakyat Sabah serta pada masa yang sama ingin menyumbang kepada kesatuan rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.
UPKO merupakan antara parti komponen Pakatan Harapan manakala PBRS adalah parti komponen Barisan Nasional.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Arthur yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, usaha kedua-dua parti melalui platform gabungan masing-masing telah membuahkan hasil apabila sembilan tuntutan di bawah MA63 berjaya diselesaikan Kerajaan MADANI selain empat tuntutan yang telah diselesaikan kerajaan terdahulu.
Menurut kenyataan itu, UPKO dan PBRS akan terus memperjuangkan baki tuntutan MA63 serta keperluan pembangunan 'Sabah First' dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).
Kedua-dua parti juga berpendapat, aspirasi tempatan perlu menjadi asas kepada sebarang perundingan gabungan politik di Sabah menjelang pilihan raya negeri akan datang.
"Aspirasi tempatan penting kepada gabungan besar politik menghadapi pilihan raya negeri tanpa menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian rakyat yang diperlukan untuk membangunkan masa depan Sabah dan menjadikan Persekutuan Malaysia lebih baik," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#gabungan besar
#parti komponen
#kestabilan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan