awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah harap kehadiran pelancong China apabila sempadan dibuka

Bernama
Bernama
15/01/2022
05:31 MYT
Sabah harap kehadiran pelancong China apabila sempadan dibuka
Hajiji (kanan) Noor menyampaikan cenderamata kepada Encik Liang Caide dalam pertemuan di Sri Gaya, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Sabah berharap ramai pelancong dari China akan datang melawat negeri ini apabila pintu sempadan negara dibuka semula kepada pelawat antarabangsa.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata sektor pelancongan Sabah banyak bergantung kepada pelancong asing terutama dari China bagi membantu merancakkan semula aktiviti berkenaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Dengan pembukaan sempadan negara kepada pelawat antarabangsa dalam tempoh terdekat ini, kita berharap ramai pelancong dari China akan melawat Sabah. Ini akan dapat membantu memulihkan sektor pelancongan tempatan, sekali gus meningkatkan ekonomi negeri," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide ke kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya di sini, semalam.
Dalam kunjungan itu Liang memberikan taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan terkini di China serta usaha-usaha yang dilakukan oleh pejabatnya dalam membantu mempromosi Sabah sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan perdagangan.
Hajiji berkata Sabah amat mengalu-alukan pelaburan asing terutama dari China untuk bersama-sama membangunkan pelbagai sektor utama di negeri itu seperti pembinaan, pelancongan, pertanian dan industri berteknologi tinggi baharu.
"Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah akan terus bekerjasama erat dengan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dan Kedutaan China bagi menarik lebih ramai pelabur dari negara itu ke Sabah, yang akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negeri.
"Hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin antara Sabah dan China akan terus diperkukuhkan lagi kerana ia memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Hajiji Noor
#pelancongan Sabah
#Konsul Republik China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan