KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharapkadar pemberian khas Persekutuan kepada Sabah akan terus dipertingkatkan bagi membolehkan lebih banyak inisiatif berorientasikan rakyat dapat dilaksanakan di negeri ini.
Hajiji berkata beliau percaya pendekatan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri boleh menjadi formula terbaik dalam menangani isu-isu legasi antara Sabah dan Persekutuan Malaysia.
"Hari ini saya ingin memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa tambahan hasil negeri yang diperoleh melalui kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta itu kita kembalikan terus kepada rakyat.
"Wang itu akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah. Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu kerajaan negeri di bawah Hala Tuju SMJ yang berkonsepkan program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di peringkat Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah yang dilancarkan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Hajiji berkata kerajaan negeri amat menghargai komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menggerakkan dan menyusul siri rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.
"Begitu banyak kemajuan telah mula dicapai, terbaharu persefahaman antara kedua-dua pihak pada 14 April lalu yang telah membawa kepada langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata program jelajah AKM adalah contoh terbaik untuk memastikan rakyat memperoleh maklumat, akses dan seterusnya manfaat daripada pelbagai dasar, inisiatif dan program kerajaan.
"Jelajah AKM ini bertepatan dengan strategi kerajaan negeri sebagaimana yang dilaksanakan baru-baru ini melalui Showcase Setahun Halatuju SMJ yang juga berlangsung di SICC," katanya.
Hajiji turut mencadangkan kerjasama negeri dan Persekutuan untuk menggabungkan program AKM dan Hala Tuju SMJ di peringkat akar umbi di Sabah.
Beliau berkata konsep inisiatif kerjasama itu adalah mini karnival yang akan diadakan di setiap bahagian atau daerah di negeri ini secara berperingkat.
"Program ini penting agar kita dapat menyemarakkan dan merakyatkan kedua-dua agenda kerajaan ini secara seiring dan meluas di peringkat akar umbi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Hajiji berkata kerajaan negeri amat menghargai komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan dalam menggerakkan dan menyusul siri rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Sabah harap pemberian khas akan terus dipertingkat - Hajiji
Kadar pemberian khas Persekutuan kepada Sabah diharap akan terus dipertingkatkan bagi membolehkan lebih banyak inisiatif berorientasikan rakyat dapat dilaksanakan.
10 lokaliti di Sabah dikenal pasti terlibat dalam fasa pertama BMTKM - PM
Sepuluh lokaliti di Sabah dikenal pasti di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.