awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah layak beralih ke Fasa 4 PPN bermula Isnin ini - Masidi

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
05/11/2021
08:32 MYT
Sabah layak beralih ke Fasa 4 PPN bermula Isnin ini - Masidi
Masidi mengingatkan orang ramai untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Isnin, kata Jurucakap berkaitan COVID-19 negeri ini, Datuk Seri Masidi Manjun.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu bagaimanapun mengingatkan orang ramai untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"Sabah layak beralih ke Fasa 4 PPN, berkuat kuasa 8 Nobember depan.
"Walaupun lebih banyak sekatan akan ditarik balik di bawah Fasa 4, orang ramai diminta untuk terus mematuhi semua SOP," katanya dalam satu ciapan di laman Twitter beliau, pada Jumaat.
Di bawah Fasa 4, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti penuh, tertakluk kepada SOP.
Pada Khamis, Sabah telah merekodkan sebanyak 655 kes COVID-19 baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 220,221 kes.
Sementara itu, setakat 3 November, jumlah penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,344,708 orang.
Daripada jumlah ini, seramai 2,060,296 orang atau 74.69% adalah penduduk dewasa.
Terdahulu, Sabah telah beralih ke Fasa 3 PPN pada 18 Oktober yang lalu.
Topic Berkaitan
#Sabah
#fasa empat
#PPN
#Pelan Pemulihan Negara
#Masidi Manjun
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan