awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah Memilih: SPR perlu segera sediakan SOP PRN - Bung Moktar

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
12/08/2020
07:38 MYT
Sabah Memilih: SPR perlu segera sediakan SOP PRN - Bung Moktar
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, penyediaan SOP itu akan memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu untuk membuang undi. - Bernama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyediakan prosedur operasi standard (SOP) untuk menyakinkan rakyat supaya keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu menegaskan, ia sekali gus akan memberi keyakinan kepada rakyat negeri itu untuk membuang undi pada hari berkenaan.
"Saya mahu SPR meletakkan satu SOP yang cukup meyakinkan rakyat supaya rakyat turun mengundi dan minta juga Jabatan Kesihatan bekerjasama supaya sama ada calon, sama ada yang dikempen, sama ada tukang kempen tidak dicemari virus ini.
"Sebab yang inilah membimbangkan rakyat Sabah bagaimana kita (mahu) berhadapan dengan PRN sekiranya tidak ada SOP lebih ketat diletakkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, pada Rabu.
SPR sebelum ini melaksanakan SOP khas COVID-19 pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, Pahang.
Ia juga akan diaplikasikan pada PRK DUN Slim yang akan memulakan tempoh kempen Sabtu ini.
Antara SOP itu adalah penjarakan fizikal, penggunaan cecair pembasmi kuman dan pemakaian pelitup muka.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#mengundi
#pilihan raya negeri
#prosedur operasi standard
#rakyat
#Sabah
#Sabah Memilih
#SOP
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan