awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
25/01/2021
09:33 MYT
Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar. - Gambar fail
SANDAKAN:Sabah memerlukan peruntukan sebanyak RM13 bilion bagi menaik taraf sistem bekalan air termasuk menggantikan sebahagian besar paip yang dibina pada zaman pemerintahan British.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar.
Katanya, antara paling serius adalah masalah kekerapan kejadian paip bocor.
"Paip di Sabah ini ada dibina semasa zaman pemerintahan British, tidak diganti-ganti. Selain itu, loji (rawatan air) juga dibina tahun 1966, ada yang dibina tahun 1956.
"Jadi ini memang mendatangkan mudarat dan membimbangkan... Sebab kalau tidak ditangani secepat mungkin, akhirnya rakyat Sabah tidak akan menikmati bekalan air bersih.
"Kalau ikut laporan, sebanyak 45 peratus (daripada keseluruhan sistem perpaipan) masih paip lama," katanya dalam sidang media selepas melawat Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan dan Loji Rawatan Air Batu Puteh, Kinabatangan, pada Isnin.
BACA: 22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
BACA: Sabah bentang enakmen baharu libatkan isu air - Bung Moktar
Menurutnya, untuk menangani isu itu Sabah memerlukan dana sebanyak RM13 bilion.
"(Ini) Anggaran, bukan untuk ganti paip sahaja. Muka sauk dan kolam baharu diperlukan juga. Banyak kolam takungan yang ada ketika ini bermasalah dan berada di lokasi yang sudah tidak sesuai. Tidak ada guna kita tukar paip sahaja.
"Jadi keseluruhan anggaran RM13 bilion pembaikan pelbagai masalah air di seluruh Sabah," katanya.
Sebelum ini, beliau mendedahkan 22 daripada 84 loji rawatan air di Sabah memiliki masalah yang serius.
Topic Berkaitan
#isu air
#Bung Moktar Radin
#Sandakan
#Kinabatangan
#rakyat
#paip air
#kolam takungan
#loji rawatan air
#PAIP
#sebelum merdeka
#pemerintahan British
#Sabah
#Isu air sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan