KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyasarkan liputan program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di negeri itu mencapai 99.9 peratus menjelang akhir 2025, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Samad Jambri berkata Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah membuat perancangan lima tahun bermula tahun lepas hingga 2025 bagi mencapai sasaran tersebut.
Beliau berkata pelaksanaan program di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan itu akan memberi manfaat kepada 318 kampung dan 16,464 rumah di seluruh negeri ini.
"Bagi memastikan pelaksanaan BELB berada di landasan betul, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif membuat perancangan secara menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada kampung yang langsung belum mempunyai bekalan elektrik.
"Maklumat kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik ini diperoleh melalui Sistem Profail Kampung yang dikemas kini oleh pejabat daerah dari semasa ke semasa dan diserahkan kepada SESB," katanya.
Beliau menjawab soalan lisan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (GRS-Nabawan) yang ingin tahu usaha sama yang dilaksanakan oleh KPLB Sabah dan Persekutuan setakat tahun ini bagi memastikan program BELB berada di landasan sepatutnya.
Menurut Samad lagi 66 kampung di Nabawan telah dikenal pasti belum mempunyai bekalan elektrik melibatkan 982 rumah, dan senarai kampung terbabit telah diserahkan kepada KPLB Persekutuan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri sebagai cadangan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Bagi Keningau pula, sehingga kini 111 kampung melibatkan 5,345 rumah telah dibekalkan elektrik melalui program BELB dan terdapat projek di beberapa kampung yang masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap pada pertengahan tahun ini, katanya.
Sementara itu, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury ketika menjawab soalan lisan Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menyediakan satu Kertas Kabinet berhubung Dasar Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Fizikal Persekutuan di negeri ini.
Limus berkata Kertas Kabinet itu antara lain menyentuh mengenai pelaksanaan projek pembangunan fizikal di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di Sabah dan seterusnya memohon persetujuan Jemaah Menteri agar pelaksanaan projek berkenaan dikendalikan oleh jabatan itu.
Ewon ingin tahu apakah inisiatif diambil oleh kerajaan Sabah sejak Oktober 2020 dalam memastikan JKR Sabah serta Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah sebagai agensi teknikal pelaksana projek biayaan kerajaan Persekutuan di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Pelaksanaan program di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan itu akan memberi manfaat kepada 318 kampung dan 16,464 rumah di seluruh negeri ini. - Gambar hiasan
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Pendengaran rayuan kes rasuah bekas KSU, anak ditangguh
Mahkamah kemudian menetapkan 21 Ogos untuk mendengar rayuan itu.
KKDW akronim Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Zahid
Nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan akronim KKDW, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
RM43 juta naik taraf infrastruktur luar bandar di Johor
RM31.45 juta disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor manakala RM12.18 juta daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Inisiatif PERDA perkasakan usahawan luar bandar
Ekspo Usahawan PERDA diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran usahawan khususnya usahawan luar bandar Pulau Pinang.
KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
KPLB juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.
KPLB terus perkukuh kerjasama pembangunan usahawan platform e-dagang - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus mengukuhkan kerjasama pembangunan usahawan luar bandar berasaskan platform e-dagang.
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Kadar kebolehpasaran lulusan TVET KPLB melebihi paras nasional - Mahdzir
Kadar kebolehpasaran siswazah lulusan TVET di bawah seliaan KPLB telah melebihi paras standard nasional ditetapkan.
KPLB nilai potensi kampung penuhi kriteria Kampung Sejahtera - Mahdzir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang mengenal pasti kampung-kampung yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai Kampung Sejahtera.
Pelajar keciciran disyorkan sambung belajar TVET KPLB - Mahdzir
Bidang TVET menawarkan kursus yang seiiring dengan keperluan industri ketika ini sekali gus menjamin masa depan pelajar.