TUARAN: Kerajaan Sabah menyasarkan untuk menurunkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus kadar miskin tegar yang direkodkan di negeri itu menjelang penghujung tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sebanyak 22,510 ketua isi rumah (KIR) dikategorikan sebagai miskin tegar dalam senarai sistem e-Kasih negeri itu setakat ini.
Menurutnya Sabah optimis sasaran itu mampu dicapai menerusi beberapa inisiatif diperkenalkan termasuk memberi bantuan modal perniagaan dan menyediakan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mampu milik kepada golongan terlibat.
"Selain ityu, kira akan beri peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar. Nama miskin tegar ini telah diselaraskan oleh Sekretariat SMJ dan kita akan hantar nama ini kepada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan kilang-kilang supaya mereka diberi peluang pekerjaan," katanya.
Hajiji berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan surat penyertaan agensi pemberi bantuan bagi program rintis menoktahkan kadar miskin tegar di Tuaran dan pelantikan pekerja inisiatif MySMJ Kerja di sini hari ini.
Selain menyalurkan bantuan tunai kepada golongan sasar, Hajiji berkata kerajaan Sabah melihat usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak miskin tegar sebagai antara kaedah holistik membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.
"Kita bagi keutamaan (peluang pekerjaan) kepada anak-anak miskin tegar supaya mereka diambil bekerja dalam agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan dan pelabur yang datang ke Sabah. Menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk mengambil bekerja anak-anak miskin tegar daripada senarai e-Kasih," katanya.
Sementara itu, Sekretariat SMJ dalam kenyataannya memaklumkan Sabah merekodkan sebanyak 101,113 ahli isi rumah miskin tegar dalam sistem e-Kasih.
Menurut sekretariat itu, sistem MySMJ Profiling dibina bertujuan menyimpan dan menganalisis data serta padanan bantuan bagi gerak kerja profiling ketua isi rumah dan ahli isi rumah berdasarkan e-Kasih, dengan Tuaran dipilih sebagai daerah rintis bagi melaksanakan sistem itu pada November tahun lepas.
Sekretariat itu turut melihat program tersebut sebagai satu manifestasi kerjasama semua agensi kerajaan khususnya yang terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada golongan miskin tegar di Tuaran ke arah meningkatkan ekonomi seterusnya mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Pelaksanaan sistem MySMJ Profiling itu sedang berjalan di seluruh daerah dan kerangka kerja bagi mempercepatkan program menoktahkan miskin tegar juga akan diperluaskan di seluruh negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Kerajaan Sabah menyasarkan untuk menurunkan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus kadar miskin tegar yang direkodkan di negeri itu menjelang penghujung tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.